Ahad, 20 November 2022

Satu Salah Sangka

 

                Afiqah dan aku sudah berkawan semenjak kami berusia lima tahun. Aku sungguh beruntung mendapat kawan seperti Afiqah. Sememangnya kami banyak persamaan selain daripada suka membaca. Kami berdua bagai dakwat dan kertas dan jarang berpisah. Di mana adanya saya, di situ juga adanya Afiqah. Afiqah seorang kawan yang baik budi dan lemah lembut. Saya suka melihat perangainya yang sering sabar dan rajin membantu orang lain. Dia jarang hilang marah dan sering tersenyum.

        Pada hari lahirku yang ke-sebelas, aku berasa sangat ghairah dan tidak sabar untuk menyambutnya. Ibu dan ayah aku telah mengaturkan sebuah majlis untuk menyambut hari itu. Mereka telah menjemput ramai keluarga dan kawan-kawan aku termasuk Afiqah. Selepas semua orang yang dijemput telah hadir, ibu dan ayah aku mengajak mereka makan lalu memotong kek. Akhirnya masa untuk aku membuka hadiah-hadiah yang diberi tetamu-tetamu kami. Ayah aku menyuruh aku membuka hadiah yang lain sebelum membuka hadiah yang diberi olehnya dan ibu aku. Setelah membuka semua hadiah, aku pun mula membuka hadiah ibu bapaku. Apabila aku ternampak benda yang mereka telah memberi aku, aku berlari ke arah mereka untuk memeluk mereka kerana terlalu gembira. Di dalam kotak itu, terdapat sebuah telefon bijak yang terkini. Aku mengucapkan terima kasih berkali-kali kepada mereka.

             Pada keesokan hari, aku pergi ke sekolah dengan membawa telefon bijak baharu itu. Aku membawa telefon itu dengan niat untuk menunjuk kepada semua kawan sedarjah aku pada waktu rehat. Malangnya semasa waktu rehat tiba,  aku tak dapat jumpa telefon bijak baharu aku yang telah aku pegang tadi. Aku cuba mencarinya di dalam beg sekolahku, kocekku dan sekeliling mejaku tetapi aku masih tidak jumpa. Aku jadi bengang kerana tidak ingat di mana aku meletaknya. Aku cuba untuk ingat lagi sekali di mana aku telah meletakkan telefon itu. Setahu aku, hanya Afiqah sahaja yang tahu aku membawa telefon bijakku itu.

            “Kamu ke yang ambil telefon bijak aku?” tanya aku kepda Afiqah dengan perasaan marah.

Afiqah menggelengkan kepalanya. Walaupun Afiqah cuba membantu dan mencadangkan tempat-tempat yang patut aku cari, telefon bijak itu masih juga tidak dijumpai. Semakin lama aku mencari, semakin marah perasaanku. Habis Afiqah ditengking aku dan semua yang dibuatnya menjadi salah bagiku. Aku mulai mengesyaki Afiqah dan percaya dialah orang yang telah mengambil telefon bijakku itu. Seperti aku, dia juga amat menyukai telefon bijak aku it. Mungkin dia berasa cemburu dan telah mengambilnya tanpa aku sedari. Puas aku bertanya tetapi Afiqah tetap menafikannya. Akhirnya, dia menangis dan berlari pergi dari situ. Aku semakin yakin bahawa ini semua salah dia. Apalah nasib aku mendapat kawan yang cemburu seperti dia!

               Aku melaporkan kejadian itu kepada guru aku. Guruku berjanji untuk menolong aku mencari dan dia juga akan berjumpa dengan Afiqah untuk mendapatkan penjelasan daripadanya. Setelah tamat sekolah, aku pun mengemas mejaku untuk menyimpan buku-buku aku sambil menunggu guruku datang. Tiba-tiba aku terjumpa telefon bijak aku terselit di tengah-tengah sebuah buku teks. Aku berasa sungguh bersalah dan dengan segera bangun aku berlari untuk mencari Afiqah. Namun Afiqah tidak mahu bercakap dengan aku malah dia tidak mahu melihat muka aku. Perasaan aku pada masa itu sungguh sedih dan aku tidak putus asa meminta maaf dengan Afiqah dengan  mencuba menceritakan hal yang telah berlaku. Mujur akhirnya, dia dengar apa yang aku mahu cakap. Namun malangnya, dia tidak dapat memaafkan aku kerana dia berasa kecewa atas tuduhan aku terhadapnya.

               Sekarang baru aku sedar bahawa sangkaan burukku terhadap temanku ini ternyata tidak benar sama sekali. Aku menyesal kerana sikapku yang mudah menuduh tanpa usul periksa telah merenggangkan hubunganku dengan teman baikku. Walaupun perkara itu telah berlaku beberapa hari yang lepas, aku masih mencuba berbaik dengan Afiqah. Walaupun kami sudah kembali berkawan, persahabatan kami tidak serapat dahulu. Namun aku tidak berputus asa dan akan terus berusaha membina persahabatan aku dengan Afiqah sehingga dia memaafkan aku sepenuhnya.

Hasil karya: Hana Amani Binte Mohamed Sophian (5E)

Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian

             

                   Adi seorang budak yang degil. Dia suka bermain permainan komputer sehingga waktu malam setiap hari apabila pulang dari sekolah.

                Pada suatu Ahad, Adi sedang bermain permainan komputernya apabila dia teringat bahawa dia mempunyai peperiksaan keesokan hari. Dia berasa bimbang tetapi masih bermain permainan komputernya dan tidak belajar untuk peperiksaan yang akan mula tidak lama lagi. Selepas dia bermain permainan komputernya, Adi sedar waktu pun sudah larut malam.

             “Alamak, sudah waktu malam! Saya belum habiskan kerja rumah saya dan esok saya ada peperiksaan yang sangat penting. Apa yang harus saya lakukan sekarang?” tanya Adi kepada dirinya sendiri.

                 Oleh sebab Adi terlalu penat, dia pun tertidur. Segala perasaan bimbang tadi telah luput.

             Pada waktu pagi, Adi berjalan dangan kawannya, Bob. Perasaan gelisah mula menyelubungi dirinya pada setiap langkah yang dia ambil.

                 Bob bertanya, “Adi, awak sudah belajar untuk peperiksaan hari ini?"

                Adi hanya menggelengkan kepalanya sambil menundukkan kepalanya tanda kesal. Dia tahu dia tidak boleh lakukan apa-apa kerana semuanya sudah terlambat bak pepatah nasi sudah menjadi bubur.

         Namun, Bob tetap mahu memberikan semangat kepada Adi dengan memberinya kata-kata perangsang.

 Bob tersenyum lalu berkata, “Cubalah yang terbaik. Mana tahu sekiranya kamu boleh menjawab beberapa soalan yang boleh membantu kamu.” 

            Adi membalas dengan senyuman malas kepada Bob kerana dia tahu dia tidak mungkin lulus dengan sikapnya yang degil dan pemalas. Dia masih berasa risau. Tidak lama kemudian, mereka pun masuk ke dalam sekolah dan menuju ke kelas mereka. Semasa mereka duduk di kerusi mereka, Puan Tan, guru mereka, mengumumkan bahawa peperiksaan mereka akan bermula dalam tiga puluh minit lagi.

             Dalam tiga puluh minit itu, Adi membuat kata putus untuk cepat-cepat lihat notanya dengan harapan dia dapat menjawab beberapa soalan yang boleh membantunya seperti apa yang dikatakan Bob tadi. Selepas tiga puluh minit itu, peperiksaan tersebut pun mula. Adi berasa gementar tetapi dia cuba menenangkan dirinya.

             “Akhirnya, selepas satu jam empat puluh lima minit yang panjang itu, peperiksaan pun sudah tamat,” kata Adi sambil mengeluh.

           Selepas seminggu berlalu, Adi mendapat kembali kertas peperiksaannya. Tangannya menggeletar semasa menerima kertas peperiksaannya. Dia takut untuk melihat markahnya. Dia pun dengan perlahan-lahan mendedahkan markahnya kepada dirinya sendiri. Sekuntum senyuman terukir di bibirnya. Dia telah berjaya untuk lulus peperiksaan itu. Walaupun markahnya tidak begitu tinggi, dia tetap lulus. Dia berjaya mendapat lima puluh lapan markah daripada seratus markah untuk kertas peperiksaannya. Hati Adi melonjak-lonjak kegembiraan. Barulah dia berasa lega.

             Ketika itu, sesuatu terlintas di mindanya. Sekiranya dalam masa tiga puluh minit dia berjaya meraikan kelulusan, bayangkan berapa banyak markah yang dia boleh dapat sekiranya dia memberi fokus terhadap pelajarannya. Dengan itu, Adi membuat kata putus lagi untuk berehat daripada permainan komputernya dan lebih fokus kepada pelajarannya.

     Kini Adi dilihat sering menelaah pelajarannya dan tidak begitu sibuk dengan permainan komputernya. Ibu bapanya bangga melihat Adi berubah menjadi seorang anak yang lebih baik. Ini termasuk guru-guru di sekolah Adi juga. Mereka gembira perubahan Adi ini memberi manfaat kepada dirinya.

         Adi mendapat pengajaran daripada peristiwa itu iaitu untuk  bersusah dahulu sebelum menikmati ganjarannya bak kata pepatah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

 Hasil Karya: Fatin Marsha Binte Mahamad Mohari (5C)

SANGKAAN YANG BURUK

             Degupan   jantungku  begitu  kencang  bukan  kerana  aku  takut  tetapi  perasaan  ghairah  yang menyelubungi diriku. Buat pertama kali aku akan  tinggal bersendirian di rumah dan ibu membenarkan aku  mengajak  Zul  tinggal  bersama.  Siapa  lagi kalau bukan Zul  yang  akan  menemani aku.  Dialah kawanku dunia dan akhirat. Kawan sejatiku. Kami diibaratkan seperti isi dengan kuku. Tambahan pula, keluargaku  mengenali  keluarga  Zul  dan sudah tentu  ibuku  membenarkan  dia  tinggal  bersama aku sementara ibu dan ayahku berada di luar negara.

             Apabila tiba masanya untuk ibuku pergi ke Kuala Lumpur, aku dengan gembiranya menghantar ayah dan ibuku ke muka pintu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.

            "Zali, kamu pasti kamu tahu apa yang sepatutnya kamu lakukan?" tanya ibuuku sebelum dia bergerak.

         "Tahulah ibu. Ibu usah khuatir. Lagipun ibu pergi selama tiga hari sahaja. Zul pula akan menemani Zali,” jawab Zali untuk menenangkan hati ibunya.

       Aku tahu ibuku ada perasaan risau di dalam hatinya. Ibu mana tidak akan berasa risau meninggalkan anak tunggalnya di rumah. Aku yakin tidak ada apa-apa akan berlaku semasa pemergian mereka.

             "Baiklah, ibu akan pergi dahulu," jawab ibuku.

             “Ingat pesanan ayah juga. Jangan buat perkara yang akan membuat ibu dan ayah kecewa ya,” pesan ayahku pula.

             “Ya ayah,” janjiku.

             Aku bersalaman dengan ibu dan ayahku lalu melihat mereka bergerak. Dari atas aku melambai tanganku semasa mereka manaiki teksi yang sudah pun menunggu ketibaan mereka di tempat letak kereta di bawah. Sebaik sahaja teksi itu bergerak, aku terus menelefon Zul untuk datang ke rumahku. Aku tidak sabar untuk meluangakan masaku bersama Zul.

           Setibanya Zul berada di rumahku, dia mula berlari ke atas untuk mengambil telefon bimbitku lalu dan memanggil kawan-kawanya untuk membuat keramaian di rumahku. Aku membantah tindakannya tetapi dia buat bodoh seolah-olah aku tiada di situ. Aku tidak tahu siapa yang di balik panggilan telefon itu tetapi dia telah membuat rancangan untuk berhibur di rumahku. Namun, aku masih membantah tindakannya kerana aku tahu ibu bapaku pasti tidak membenarkan aku berkelakuan begitu. Oleh sebab kata-kataku hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri, aku mula meningking ke arah Zul dengan menggunakan kata-kata kesat. Aku menolaknya dan menghalau dia keluar dari rumahku.

             Aku sangka Zul mahu menggunakan peluang ketiadaan ibu bapaku untuk mengadakan pesta dan membuat kerosakan di rumah. Aku diselubungi perasaan marah yang tidak terkata.  Zul hanya menundukkan kepalanya. Dia cuba menerangkan sesuatu kepada aku tetapi aku tidak mahu mendengar apa-apa lagi daripadanya. Malah aku menolaknya keluar dari rumahku. Perasaan marah itu meruap-ruap di dadaku.

             “TAK GUNA PUNYA KAWAN!” teriak aku. Itulah kata-kata akhirku kepadanya.

           Kelihatan air mata menitis daripada kelopak matanya. Zul pun berjalan perlahan-lahan pulang. Aku pun masuk ke dalam rumahku sambil memikirkan perkara yang buruk-buruk terhadap Zul. Tiba-tiba, aku kedengaran bunyi tapak kaki berjalan ke arah rumahku.

             “Selamat hari lahir Zali! Kamu terperanjat . . . ” teriak suara ibuku kedengaran pada awalnya mula terhenti sebaik sahaja dia lihat rumahku kekosongan.

             Mataku terbeliak besar. Mengapakah ibu dan ayahku berada di hadapanku? Bukankah mereka mahu ke Kuala Lumpur untuk bercuti? Apakah maksud ini? Bertubi-tubi soalan timbul di mindaku.

              “Ibu, ayah. Kenapa ibu dan ayah berada di sini?” tanya aku penuh kebingungan.

 Mereka menerangkan bahawa mereka dan Zul telah merancang sebuah kejutan untukku sempena hari lahirku. Hari lahirku? Aku hampir lupa hari itu ialah hari lahirku. Zul! Aku telah menuduh Zul yang bukan-bukan sambil meluahkan kata-kata kesat terhadapnya. Patutlah dia kelihatan begitu kecewa dan sedih terhadap aku. Aku terus memberitahu ibu bapaku apa yang telah terjadi. Aku betul-betul kesal dengan sikapku yang suka bertindak sebelum berfikir. Ibu bapaku menyarankan agar aku menelefon Zul dan meminta maaf. Aku cuba tetapi setiap panggilan aku dimatikannya. Aku tahu aku telah rosakkan persahabatan kami. Aku mula menangis. Ibu bapaku memujuk aku agar bersabar dan menasihati aku untuk sentiasa periksa dahulu sebelum menuduh kawan akrabku sembarangan. Mereka faham mengapa aku bertindak sedemikian tetapi mereka menyalahkan aku dengan penggunaan kata-kata kesat terhadap sahabatku.

Aku hanya boleh bersabar sehingga Zul memaafkan aku semula. Aku yakin bahawa persahabatan kami boleh mengatasi masalah ini. Namun persahabatan kami mungkin tidak dapat kembali seperti dahulu. Aku betul-betul kesal.

         Sekarang baru aku sedar bahawa sangkaan burukku terhadap temanku ini ternyata tidak benar sama sekali. Aku menyesal kerana sikapku yang mudah menuduh tanpa usul periksa telah merenggangkan hubunganku dengan teman baikku.

Hasil karya: DANIAL MIRZA BIN RAZALI_5D

Khamis, 10 Mac 2022

Dilema

             Ketegangan memenuhi dewan. Banyak mata yang bosan dengan kertas peperiksaan mengisi ruang dewan itu dan alis mereka berkerut dalam tumpuan. Dewan itu sunyi dan saya dapat mendengar contengan jawapan di atas kertas ujian. Ketukan tumit pemeriksa kedengaran ketika dia sedang berjalan menuruni barisan pelajar yang menduduki peperiksaan itu. Matanya yang tajam mencukur setiap gerakannya.

          Saya merenung kertas kosong di hadapan saya. Rasa kekalahan yang pahit menimpa hati saya kerana jawapan gagal terlintas di fikiran saya. Saya tidak mengulang kaji pelajaran. Ketika waktunya habis, saya menyerahkan kertas itu dan mendoakan yang terbaik.

          Beberapa bulan kemudian, keputusan kami akan diumumkan.

          "Murid-murid, hari ini, kamu akan mendapat keputusan ​​Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) kamu," kata Encik Tan.

          Saya tidak tidur lena sepanjang malam. Hati saya berdebar kuat hingga ke tulang rusuk saya. Saya melihat sekeliling bahawa semua orang di dalam kelas juga memperlihatkan kebimbangan yang terpampang di wajah mereka. Encik Tan meminta semua orang di dalam kelas untuk mengambil kertas ujian mereka.

          "Ros!" teriak Encik Tan.

          Saya tersentak daripada lamunan saya apabila nama saya dipanggil. Saya berdiri lalu berjalan dengan pantas ke arah Encik Tan. Dalam fikiran saya, saya membayangkan bahawa saya telah memperoleh gred AL2 untuk mata pelajaran Sains saya, tetapi saya terkejut. Ketika saya melihat kertas keputusan saya, saya melihat bahawa saya hanya memperoleh gred AL5. Saya tidak bersuara dan berdiri tegak. Saya menggosok mata untuk memastikan mata saya tidak bermain dengan fikiran saya.

          Dunia saya seakan runtuh ketika saya mengetahui bahawa saya telah memperoleh gred AL5 untuk keputusan PSLE Sains saya. Saya cuba menelan kepahitan di kerongkong saya dan mengabaikan rasa kecewa yang melanda diri saya. Pada masa yang sama, saya membayangkan hati ibu saya hancur seribu keping. Keputasan itu akan menjadi berita buruk baginya kerana dia telah menaruh harapan yang tinggi  terhadap saya.

          Tiba-tiba, satu pemikiran terlintas di fikiran saya. Patutkah saya menukar markah gred saya menjadi AL2? Adakah saya harus berlaku jujur? Saya merenung sebentar dan membuat kata putus untuk menukar gred saya menjadi AL2. Setelah ibu saya melihat kertas keputusan itu, saya dengan mudah akan menukarkan gred itu kembali menjadi AL5.

          Semasa saya pulang ke rumah pada hari itu, saya mengeluarkan pita pembetulan saya dan melekatkannya di atas markah saya. Saya menukarnya menjadi gred AL2. Kemudian saya meminta ibu saya untuk melihat kertas keputusan itu. Tanpa disangka-sangka, ibu saya telah memeriksa kertas keputusan itu dengan teliti.

          "Ros? Mengapakah kamu dapat gred AL2 untuk mata pelajaran Sains tetapi jumlah keputusan kamu tidak tepat? Lagipun, kamu hanya dapt masuk aliran ’Normal Academic’," tanya ibu saya.

          "Saya ... Saya ..,” jawab saya tergagap secara tiba-tiba.

          Saya tergamam sebentar. Saya mengambil kata putus untuk berlaku jujur dan memberitahu ibu saya perkara yang sebenar. Dia memberitahu saya bahawa menipu tidak akan menyelesaikan masalah kerana orang yang menipu selalunya rugi. Saya tidak dapat menahan kesedihan saya, saya membenamkan wajah saya ke telapak tangan dan menangis teresak-esak.

          Saya berjanji kepada ibu saya bahawa saya tidak akan lagi menipu dan akan bekerja keras semasa sekolah menengah untuk kembali ke aliran ’Express’. Saya telah mempelajari bahawa kejujuran ialah perkara yang terbaik yang saya lakukan untuk diri sendiri. Daripada pengalaman itu, saya telah menyedari bahawa saya tidak seharusnya melakukan perkara yang bertentangan dengan hati nurani saya. Saya tidak akan melakukan perkara jijik itu lagi.


Hasil Karya: MAIA NUR ALYSSA, 6B (2021)


Membuat Keputusan Terburu-buru Membawa Padah Kepada Diri Sendiri

             Cuaca di luar mendung dengan kelabu menghertap hujan. Suasana di dalam makhamah sunyi sepi kecuali kendengaran beberapa suara bisikan. Tuan Hakim memasuki ruang makhamah dan sesi pengadilan dimulakan. Aku berasa takut macam tikus. Ketika pendakwa raya memulakan hujahnya, aku teringat sebuah kisah yang berlaku beberapa bulan yang lalu.

       Loceng sekolah berbunyi. Kelas pelajaran sejarah akan bermula dalam beberapa minit lagi dan aku berkelam kabut ke bilik darjah. Aku tidak mahu dimarahi oleh guru kerana lewat. Dalam perjalananku ke situ, aku terserempak dengan seorang budak perempuan yang berambut pendek. Aku memandangnya tetapi dia hanya menjelingkan matanya lalu berlalu begitu sahaja. Namun di balik mindaku, aku berasa seperti aku pernah melihat pelajar itu. Mataku terbeliak.

           Sofia! Aku teringat siapa pelajar itu. Sofia biasa membuli aku semasa di sekolah rendah. Setiap hari, dia akan memeras ugut aku dengan meminta wang saku sekolahku. Dia juga akan memanggilku nama seperti otak udang atau bodoh. Apabila aku enggan memberikan wang kepadanya, dia akan menumbuk mukaku dengan teruk di luar perkarangan sekolah. Aku cukup membencinya sehingga sekarang. 

“Alamak! Sudah lewat!” teriak aku sambil melihat jam tanganku lalu meneruskan perjalananku ke kelas. 

          Selepas sekolah, aku berjumpa dengan rakan-rakanku seperti biasa di kolong blok yang berdekatan dengan sekolah kami. Mereka sudah berada di tempat tersebut dan aku mendapati mereka sedang bersembang dengan kuat tanpa memakai pelitup muka. Aku pun duduk bersama mereka dan mula menceritakan tentang hal Sofia dan perangai buruknya. 

“Kamu harus mengajar budak itu dengan membalas dendam,” jawab rakanku, Nora, sambil menghulurkan sebilah pisau seraya menghembus asap rokoknya. 

          Beberapa minit kemudian, aku pulang ke sekolah untuk menghadiri kelas tambahan. Idea jahatku bermain di mindaku. Pisau yang telah aku ambil tadi disimpan di dalam kocek skirt aku. Semasa duduk di kelas, aku terpandang Sofia berjalan lalu bilik darjahku. Lantas aku mengangkat tangan untuk meminta izin untuk pergi ke tandas. Nasib baik guruku membenarkan aku keluar. Aku mengikuti Sofia dari belakang dan memerhatikan ke mana arah tujuannya. Ini adalah peluang emasku. Rasukan syaitan menyelebungi diriku. Dendam itulah tujuanku. 

          Sebelum Sofia sampai di tandas dan tanpa berfikir panjang, aku menikam Sofia dari belakang. Dadaku terombak-ombak. Darah yang semerah biji saga mengalir dari tubuhnya apabila pisau itu ditarik keluar. Aku menjatuhkan pisau itu ke lantai dan segera berlari dari tempat itu. Seketika kemudian, aku terdengar jeritan dari arah tandas itu. 

          Lamunanku terhenti apabila aku mendengar namaku dipanggil. 

“Alisha Binte Sufian, kamu telah dituduh mencederakan Nur Sofia Binte Muhammad Rahman,” kata Tuan Hakim dengan nada yang sirius. “Alisha, kamu didapati bersalah dan dihukum penjara juvuna selama lima tahun. Dalam masa ini, saya harap kamu akan berfikir panjang tentang tindakan kamu dan ingat bahawa kamu telah membuat seorang ibu kehilangan anaknya. Mahkamah bersurai,” sambung Tuan Hakim tersebut. 

          Tuan Hakim itu pun mengetuk palunya dan satu persatu orang di dalam mahkamah itu mula meninggalkan ruang tersebut. Aku terdengar esakkan ibuku dan juga tangisan ibu Sofia. Air mataku membasahi pipiku yang gebu. Rasa gelisah dan bersalah menjamah hatiku. Sekiranya aku tidak membuat keputusan yang terburu-buru itu, perkara seteruk ini tidak akan berlaku. Aku meninggal bilik mahkamah tersebut dengan tanganku digari dan diiringi pengawal-pengawal penjara.  Hujan mula turun dengan lebat. Kehidupanku sudah musnah.

Hasil Karya: AINA ZULAIKHA BINTE EMMY REZA, KELAS 6E (2021)


Rakan Sejatiku

             Titisan air jernih berguguran dari sudut mataku. Kepalaku menunduk ke arah lantai, air mataku jatuh membasahi lantai wad hospital itu. Aku meletakkan tanganku di atas tangan nenek kesayanganku lalu menggenggam tangannya dengan lembut.

           “N...Nek, tolonglah, jangan tinggalkan Rina. Rina sayang nenek. Rina janji akan bersama nenek buat selama-lamanya Nek,” kata aku dengan lembut sambil membelai tangan nenekku dengan penuh kesedihan.

           Nenekku sudah banyak kali keluar masuk hospital. Namun kali ini dia seakan-akan sudah lama berada di hospital. Tidak aku sangka bahawa keadaannya akan menjadi semakin teruk. Tiba-tiba, tangan nenekku menggenggam tanganku dengan lemah. Aku terkejut kerana sudah lama dia berada di dalam keadaan tidak sedar diri. Aku terus melihatnya. Dia seolah-olah cuba untuk menyatakan sesuatu kepada aku. Namun aku tidak kedengaran apa-apa hanya melihat mulutnya terkumat-kamit. Aku terus mendekatinya dan meletakkan telinga di sebelah mulutnya.

           “Nenek sekarang tidak boleh menjaga Rina lagi. Nenek harap Rina dapat mencari seorang yang rakan yang baik. Seorang rakan yang dapat bersama kamu Rina. Tidak kira dalam keadaan yang baik atau buruk. Nenek percaya rakan itu boleh membimbing Rina ke arah yang baik,” bisik Nenek.

           Pada saat itulah, Nenek melepaskan tangan aku dan menutup matanya buat selama-lamanya. Selepas dia menghembuskan nafas terakhirnya, mesin bersebelahan katilnya berbunyi. Hatiku pecah seribu. Ibu dan ayahku ternampak wajahku lalu segara mendakap aku yang sedang gementar. Aku mula mengimbau kenangan silam yang aku ada dengan nenekku. Ingatan nostalgia terloncat daripada satu peristiwa kepada satu peristiwa yang lain.

           Bunyi mesin itu mengejutkan jururawat yang berada di luar wad nenekku. Mereka bergegas ke dalam wad itu untuk cuba menyelamatkan nenek. Namun aku tahu mereka sudah tidak boleh buat apa-apa lagi melainkan mengesahkan bahawa nenekku telah meninggal dunia. Mereka melihat aku dengan wajah simpati kerana mereka faham keakraban aku dan Nenek. Pada ketika itu, aku terasa kehidupanku hancur bagaikan kaca yang dihempas kuat ke batu. Jururawat-jururawat yang lain mula berkumpul di dalam wad itu untuk membuat kerja mereka lalu menyuruh keluargaku untuk keluar wad itu.

           Kepalaku tertunduk setelah mengingati kata-kata terakhir nenekku kepada aku. Kata-katanya terngiang-ngiang di telingaku. Aku berfikir panjang tentang apa yang dia maksudkan dengan ’rakan itu boleh membimbing Rina ke arah yang baik’. Setahu aku, aku sudah pun mempunyai ramai rakan yang gemar bergaul dengan aku. Itu yang penting, bukan? Mengapa pula Nenek sibuk suruh aku mencari seorang rakan yang baik? Aku berjalan ke hulu dan ke hilir di depan bilik wad nenekku sambil berfikir.

            Semasa aku sedang berfikir, tiba-tiba aku terdengar suara seorang perempuan yang amat aku kenali. Dia memang manis mulut kerana suaranya lemah-lembut dan kata-katanya pula yang paling manis. Walaupun begitu, kedengaran suaranya cukup membangkitkan sejuta rasa benci dan geram dan bunga-bunga kemarahan mulai membenih di wajahku jelas kelihatan. Kebencianku terpeteri jelas dalam ingatanku apabila aku melihat orang yang yang dahulunya aku menganggap rakanku, Aliyah. Di dalam tangannya, dia sedang memegang sejambak bunga

           “Rina, aku datang sebaik sahaja aku mendengar tentang pemergian nenek awak. Aku tahu awak masih tidak mahu berkawan dengan aku lagi tetapi aku hanya berada di sini untuk meminta maaf kepada awak. Aku telah menghalang awak daripada bergaul dengan rakan-rakan yang baru awak kenal kerana aku tahu mereka tidak baik untuk kamu. Aku risau apabila melihat perangai mereka dan aku tidak mahu awak terjebak dalam kegiatan mereka yang merosakkan akhlak. Kamu tidak tahu apa yang katakan tentang awak apabila awak tiada bersama mereka. Aku tidak bersama kamu kerana aku tidak suka bergaul dengan mereka. Namun aku mahu awak tahu bahawa aku masih ingin menjadi rakan awak,” kata Aliyah dengan penuh ikhlas kepadaku.

           Ketika itu, mulutku terkunci. Aku mati akal. Selepas tiada jawapan daripada diriku, Aliyah mengukir senyuman yang tipis lalu meletakkan buah tangannya di atas kerusi di sebelah aku. Dia mula bergerak dari situ. Aku menoleh ke arah sejambak bunga itu lalu mengambilnya dari kerusi itu. Sejambak bunga yang diberi oleh Aliyah ialah bunga kegemaran aku iaitu bunga ros berwarna putih. Aku memang suka warna itu kerana ia melambangkan kesucian dan keikhlasan. Sinar gembira mengerlip di wajahku. Aliyah masih ingat bunga kegemaran aku.

          Aku memegang sejambak bunga ros itu lalu menghidu keharuman bunga itu. Aku tahu Aliyah mahu berbaik semula dengan aku. Aku telah memutuskan persahabatan kami kerana aku rasa Aliyah terlalu mengongkong pergerakkan aku. Aku sebenarnya kesunyian semenjak Nenek berada di hospital kerana Nenek  yang selalu melayan aku di rumah sementara ibu dan ayahku berada di tempat kerja mereka. Rakan-rakan baharu akulah yang sering menemani aku ketika Nenek berada di hospital. Aliyah pula tidak kelihatan.

          Ring! Ring! Tiba-tiba, telefon bijak aku mula berbunyi. Seorang rakan baharu aku telah menghubungi aku.

“Eh, Lisa? Mengapa awak menelefon aku?” tanya aku kepada rakan baharuku,  Lisa yang tiba-tiba menelefon aku.

           “Tidak apa-apa, aku hanya meminjam duit lagi. Aku kehabisan wanglah. Lagi pun, kitakan rakan dan sebagai seorang rakan, kita sepatutnya saling membantukan? Ibu dan ayahkan kaya. Takkan pinjam duit sedikit pun tidak boleh?” kata Lisa dengan nada pasif agresif kepada aku.

          Aku mula berasa geram. Sudah beberapa kali aku telah meminjamkan duit kepadanya. Oleh disebabkan kemarahanku, aku mematikan pangillan itu tanpa bersuara apa-apa. Barulah aku sedar bahawa kata-kata Aliyah itu betul sebenarnya. Lisa dan rakan-rakan baharuku yang lain itu hanya berkawan dengan aku untuk menggunakan duitku. Ibu dan ayahku juga telah memarahi aku kerana aku telah memberikan mereka banyak duit. Namun ketika itu aku tidak mempedulikan mereka.

Selepas banyak berfikir, aku membuat kata putus untuk memutuskan persahabatan aku dengan Lisa dan rakan-rakan baharu tersebut. Kini aku memahami mengapa Aliyah asyik mengongkong pergerakkan aku apabila aku mahu bersama mereka. Pada saat itu juga, barulah aku dapat memahami kata-kata arwah nenekku tentang ’rakan itu boleh membimbing Rina ke arah yang baik’ dan apa yang Aliyah telah lakukan adalah untuk menujukan aku ke langkah kehidupan yang baik.

           Aliyah ialah rakan saya yang sejati. Dia tidak pernah meminjam duitku dam dan dia yang selalu menjaga hal ehwal saya. Dia juga yang datang ke hospital setelah mendengar tentang kematian nenekku. Dia betul-betul ingin menjadi rakan akrab aku. Dia juga tidak pernah berasa cemburu apabila aku berkawan dengan orang lain tetapi dia hanya bimbang kerana dia tahu mereka mahu duitku sahaja. Dia hanya mahu menjaga aku. Aku menyesal kerana aku hampir melepaskan persahabatan yang sangat erat ini. Setelah nenekku telah selamat dikebumikan, aku pergi berjumpa dengan Aliyah. Aku ingin menyelamatkan persahabatan kami. Aliyah menerima persahabatanku dengan tangan terbuka. Semenjak hari itu, persahabatan aku dengan Aliyah semakin rapat. Aku berasa lega dan beruntuk untuk mendapatnya sebagai seorang rakan yang sejati.

Hasil karya: NAYLI EZRA BINTE MUSZAHARI, KELAS 6E (2021)


Rakan Yang Sejati

                 “Shafiz tunggu!" pekik kawan baik saya, Aina.

       Dia ternampak saya sedang berjalan ke sekolah. Kami sudah berkawan semenjak kami berumur 9 tahun dan sekarang kami sudah berumur 11 tahun. Aina akan selalu memujuk saya apabila saya sedih. Dialah matahari saya apabila hujan turun. Apabila kami sudah masuk di perkarangan sekolah, kami akah terus pergi ke kelas. Kami akan belajar dan bersembang bersama-sama sampai kami balik ke rumah masing-masing.

             Pada suatu ketika, semasa saya baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah saya, saya terdengar ibu bapa saya bergaduh dan ibu saya sedang manangis teresak-esak. Saya mula teriak apabila saya ternampak bapa saya angkat tangannya kepada ibu saya. Air mata saya mula menitis daripada mata saya. Bapa saya hanya melihat saya dengan muka yang marah dan matanya merah. Bapa saya masuk ke dalam bilik dan membanting pintu biliknya. Saya berjalan ke arah ibu saya dan memeluk dia. Saya tahu dia kecil hati dengan perangai bapa saya yang tidak akan berubah. Saya tahu perkara itu kerana setiap kali ibu mahu bersembang bersama bapa saya, bapa saya akan menengking ibu saya. Saya akan ternampak ibu saya menangis sampai matanya merah. Saya mahu memujuk ibu saya tetapi agak sukar untuk saya lakukannya.

 Saya akan bertanya ibu apa yang telah terjadi dan ibu saya akan berkata bahawa hubungan dia dan bapa saya sudah terputus sekian lama. Saya terasa dunia ini berhenti. Saya mulai menangis dan tidak percaya apa yang diberitahu ibu saya. Saya mendakap ibu saya dengan erat dan memujuknya agar jangan menangis lagi kerana saya masih ada. Saya tidak mahu ibu tahu bahawa saya kecil hati tetapi saya berasa sedih dan marah.

 Pada keesokan hari, saya pergi ke sekolah dengan wajah yang sedih dan pucat. Saya sedang berjalan dengan perlahan apabila saya dipanggil oleh seseorang. Saya pun menoleh ke belakang dan ternampak Aina. Aina kelihatan ceria dan sedang senyum. Senyuman Aina hilang dan bertukar ke wajah bimbang apabila dia melihat saya dalam keadaan murung. Aina berlari ke arah saya dan bertanya apa yang telah  terjadi? Saya hanya berjalan ke arah kelas tanpa berkata apa-apa. Saya hanya membisu. Tidak lama kemudian sudah tibanya waktu rehat dan Aina bertanya saya lagi sekali tentang apa yang telah terjadi. Kali ini ,air mata saya mula menitis. Aina berlari ke arah saya untuk memuujuk saya. Apabila saya sudah berasa tenang sedikit, saya memberitahu semua yang berlaku semalam kepada Aina. Saya rasa skeptikal untuk memberitahu Aina kerana saya rasa bahawa tidak ada seseorang pun yang mahu berkawan dengan seorang budak yang ibu bapanya sudah bercerai. Namun setelah saya sudah memberitahu Aina apa yang telah berlaku, dia hanya memeluk saya dan memberitahu saya bahawa dia akan sentiasa berada bersama saya dan saya boleh memberitahu dia apa sahaja yang saya ingin beritahu agar saya tidak menghadapai tekanan. Saya berasa senang sikit kerana saya tahu saya ada kawan sejati saya. Saya  tersenyum walaupun saya pening kepala. Saya pun dihantar balik ke rumah oleh guru saya kerana kepala saya terlalu sakit. Aina yang menemani saya.

         Saya harus duduk rumah untuk berehat selama beberapa hari dan Aina akan ke rumah saya setiap hari untuk mengajar saya dan memberi saya kerja sekolah saya. Saya bersyukur sangat kerana ada kawan yang sejati. 

Hasil Karya: Sabirah Banu, 6A (2021)