Isnin, 5 Ogos 2013

Tragedi Hujung Minggu

Suria pagi memancarkan sinarnya. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Daun-daun pokok bergetaran lembut ditiup bayu. Burung-burung berkicauan. Halim dan Ahmad sedang memanfaatkan hujung minggu mereka dengan melakukan senaman. Mereka berlari-lari anak di tepi pantai. Hubungan mereka sungguh akrab bagaikan isi dengan kuku. Mereka sudah mengenali satu sama lain sejak mereka masih kecil lagi. Mereka selalu membantu satu sama lain apabila salah seorang dari mereka mempunyai masalah ibarat peribahasa seperti aur dengan tebing. Mereka tidak pernah berkata tentang perkara-perkara yang buruk antara satu sama lain.

Pancaran cahaya matahari mula terik. Tekak Halim dan Ahmad terasa amat dahaga. Mereka menuju ke arah sebuah kedai minuman yang berdekatan dengan pantai itu untuk membeli dua botol air minuman. Selepas Halim dan Ahmad membeli dua botol air minuman itu, mereka beredar dari situ lalu berjalan di tepi pantai. Semasa mereka sedang menikmati udara yang segar, tiba-tiba, mereka terdengar suara pekikan meminta tolong. Halim dan Ahmad berpandangan sesama sendiri. Mereka mencari-cari dari mana datangnya suara itu. Mata Halim melingas memandang di sekelilingnya. Rupa-rupanya, suara pekikan itu datang dari arah pantai. Halim dan Ahmad ternampak seorang budak lelaki dengan kanu yang terbalik di dalam laut, terkapa-kapai meminta pertolongan.

Tanpa berlengah-lengah lagi, Halim terjun ke dalam pantai itu lalu berenang ke arah budak lelaki yang hampir lemas itu. Ahmad memerhatikan mereka sahaj. Dia sudah bersedia untuk menolong sekiranya Halim inginkan bantuannya.

Selepas itu, Halim pun membawa budak lelaki itu ke tepi pantai. Budak itu tidak sedarkan diri. Ahmad merenjiskan air ke muka budak itu berkali-kali sehingga budak itu sedar. Halim dan Ahmad bearsa lega dan gembira kerana berjaya menyelamatkan budak yang hampir lemas itu. Budak itu mengucapkan terima kasih kepada Halim dan Ahmad. Dia berasa  terhutang nyawa kepada mereka. Setelah semua selesai, Halim dan Ahmad beredar dari situ dengan perasaan yang tenang. Mereka tersenyum lebar.


Karya:  Siti Aisyah Humaira Bte Shahlan
              Sekolah Rendah Woodgrove
              Pri 6C