Jam
menunjukkan pukul 1.30 petang.
"Lambatnya
Atok ni!" aku mengeluh seorang diri.
Rakan
sekelas aku semua sudah pulang, hanya murid-murid dari peringkat lain yang
sedang bermundar-mandir di hadapan aku.
"Haiz,
lambat lagi ke Atok ni? Aku sudah lapar, penat dan dahaga dibuatnya," aku
membebel bersendirian di dalam hati.
Beberapa
minit kemudian, aku terpandang kelibat datukku yang sedang berjalan menuju ke
arah aku. Namun, pergerakannya agak lain.
"Kenapa
Atok berjalan terincut-incut?” soalku sendirian.
Dengan
muka yang tidak pernah lekang dengan senyuman, Atok pun memberi isyarat dengan
lambaian untuk aku mendekati beliau. Aku pun bangun dari tangga yang sedang aku
duduki dan menuju ke arah Atok.
"Kenapa
Atok lambat?” tanya aku dengan muka yang agak keliru.
"Maafkan
Atok, Atok kejarkan solat zuhur dahulu dah tidak sedar Atok sudah lewat untuk
mengambil cucu Atok ni,” jawab datukku.
"Atok,
kenapa Atok berjalan macam orang yang sedang sakit?" tanya aku kerisauan.
"Tidak
ada apa-apa. Atok cuma rasa sengal sedikit di kaki,” jawab Atok dengan tenang.
"Oh,
begitu rupanya! Nanti bila kita balik nanti, saya akan urutkan kaki Atok, ya!"
pujuk aku kepada datuk kesayangannya.
Kami
pun berjalan pulang dengan berpimpin tangan.
"Assalamualaikum,"
kami memberi salam sebaik sahaja kami tiba di rumah.
Nenek
menyambut kepulangan kami di depan pintu.
"Wa'alaikumussalam
Alia, Atok awak tu tidak berapa sihat tetapi hendak juga jemput cucu
kesayangannya," ujar nenek dengan nada lembut.
Dalam
diam aku berasa kasihan kepada datukku sambil memeluk datukku dengan erat.
Aku
tinggal bersama datuk dan nenekku kerana ibu dan bapaku sibuk bekerja dan cuma
ada masa bersama aku pada hujung minggu. Aku banyak menghabiskan masa bersama datuk
dan nenekku lebih daripada ibu dan bapaku. Datukku ialah bekas pemandu yang
sudah bersara dan nenekku pula seorang suri rumah.
Hujung
minggu pun telah tiba dan masa untuk aku pulang ke rumah ibu dan bapaku tetapi aku
berasa amat berat hati kerana melihat keadaan datukku yang semakin uzur.
Walaupun datukku cuba menyembunyikan kesakitannya, aku tetap dapat merasakannya.
"Ayah,
mari kita bawa Atok ke klinik, Atok sakit kaki," kata aku kepada ayah.
“Ayah
sibukalah. Ayah tidak ada masa. Ini pun ayah harus hantar Alia pulang ke rumah lalu
terus balik ke pejabat ayah," kata ayah tanpa melihat wajahku. "Lama-lama,
kaki Atok baik juga,” sambung ayah lagi.
Aku
berasa sedih dan kecewa dengan sikap ayah. Selama perjalanan pulang, aku hanya
diam membisu.
"Atok,
jaga diri ya! Nanti apabila Alia sudah besar, Alia jaga Atok ya," ujar aku
kepada datukku sebelum aku ikut ayahku pulang.
Menitisnya
air mata Atok mendengar kata-kata aku. Atok memelukku dengan erat.
Pada
malam itu, bulan agak terang dan suasana sunyi menyelubungi malam yang agak
sepi. Ayah dan ibu sedang sibuk dengan hal masing-masing. Ibuku sedang sibuk
dengan komputer ribanya dan ayahku pula sedang sibuk dengan telefon bimbitnya.
Aku
rasa keseorangan dan sunyi tanpa riang tawa datuk dan nenekku yang selalu
menemani aku bermain dan membaca buku.
Tiba-tiba,
bunyi telefon berdering.
"Assalamualaikum,
Ryan. Ini mak," kedengaran suara nenekku di balik panggilan itu.
"Wa'alaikumussalam,
mak. Ada apa telefon Ryan malam-malam ni?" jawab ayahku.
"Abah,
abah rebah!" sahut nenekuku.
"Apa
yang terjadi?" jerit ayahku dengan suara yang cemas.
"Abah
ke tandas tetapi kakinya tidak kuat lalu dia rebah. Kepalanya terhentak dibucu
tandas. Ayah tidak sedarkan diri dan sekarang kami dalam perjalanan ke
hospital," kata nenekku.
"Kenapa
boleh jadi begitu? Kenapa cuai dan suka menyusahkan orang!" jawapan ayah
yang kesat.
"Tidak
mengapa Ryan. Ibu boleh menjaga ayah kamu. Kamu tidak usah khuatir. Ibu tidak
akan menyusahkan kamu. Cuma satu sahaja nasihat ibu, jangan sampai kamu
menyesal kemudian hari tidak ada gunanya," jawab nenekku lalu panggilan
itu terputus.
Nenek
memutuskan panggilan itu dengan hati yang hiba. Dia berasa kecewa atas
perbuatan ayah.
Keesokan
harinya, kami mendapat tahu bahawa Atok berada dalam keadaan koma kerana kepala
Atok terkena hentakan yang kuat di kepala yang mengakibatkan darah beku di kepala
Atok. Semua ahli keluarga, kecuali ayah, berada di hospital menemani nenek
dengan harapan untuk memujuk hati nenek yang sedih dan risau.
"Ryan
belum datang?" soal nenek kepada ibu.
"Maaf
ibu, Ryan sibuk. Dia tidak dapat datang," jawab ibu dengan sayu.
"Tidak
apalah. Kerja Ryan penting dan ibu tidak mahu memaksanya untuk datang,"
jawab nenek dengan nada yang sedih.
"Nenek,
Alia ada dengan nenek. Atok akan sedar dan kita akan dapat bersamanya semula,”
pujukku sambil menangis teresak-esak.
Sedang
kami duduk membaca doa untuk Atok yang berada di wad intensif,
jururawat-jururawat bergegas menuju ke bilik nombor 33 iaitu bilik Atok.
Kami
cuba masuk tetapi kami dihalang oleh jururawat yang lain.
"Maaf,
ini kecemasan dan harap bertenang. Harap dapat memberi ruang dan tunggu di luar,"
ujar doktor dengan nada yang tegas.
"Ya,
Allah! Kau panjangkan usia suamiku, sembuhkan penyakitnya dan jauhilah dia dari
segala kecelakaan," doa nenek sambil menangis.
Kami
cuba papar nenek yang rebah apabila melihat suasana yang agak kecoh dan cemas.
Jururawat sering keluar masuk dan keadaan di situ amat merisaukan.
Kami
cuba bersabar dan berdoa tetapi takdir telah menentukan bahawa datuk harus
pergi.
"Maafkan
kami, kami sudah cuba sedaya upaya, tetapi tidak dapat menyelamatkan suami
puan. Suami puan ialah seorang insan yang kuat dan dia cuba untuk bertahan.
Namun, oleh sebab usianya yang sudah lanjut, membuatkan kecederaan beliau amat
sukar untuk ditangani," jelas doktor yang bertugas.
Suasana
menjadi sepi dan sayu. Hari itu juga upacara perkembumian arwah Atok dijalankan
dan ramai yang hadir termasuk ayah yang selama ini, membisu dan kelihatan sayu.
Setelah
selesai upacara tahlil, aku berasa amat letih dan masuk ke dalam bilik Atok
untuk melepaskan rindu sambil berbaring di atas katil. Tiba-tiba, aku terlihat
buku catatan peribadi ayah yang pernah aku lihat. Aku terus mencapai buku itu lalu
membacanya,
Tarikh
: 19 Oktober 2013
Kelopak
mataku bergenang dengan air mata. Aku berasa sungguh kesal. Seandainya aku tahu
ia akan berakhir sebegini, aku tidak akan mengambil keputusan tersebut. Namun,aku
pasrah. Aku akan menhadapi segala rintangan yang datang dengan hati yang tabah.
Biarlah ia menjadi satu pengajaran buat diriku.
Tertera ayahku kesal dengan
tindakannya.
Ditulis
oleh:
Shahirah
Irdina Binte Shaikh Mohamed Hafez Alkhatib (5G)