Rabu, 24 Ogos 2016

Peristiwa Ngeri


Pada malam itu, cuaca amat sejuk. Saya dan rakan sekolah saya, Firdaus, sedang menaiki bas untuk pulang ke rumah kami masing-masing. Saya dan Firdaus amat rapat bagai isi dengan kuku. Di mana Firdaus berada, di situ juga saya. Kami kebetulan tinggal di blok yang sama. Dia tinggal di tingkat empat dan saya tinggal di tingkat tujuh. Pada hari itu, kami telah pergi ke Perpustakaan Nasional untuk menghabiskan projek sekolah kami yang diberi guru kami.

Selepas dua puluh minit di dalam bas, bas kami sudah tiba di perhentian kami. Jam telah menunjukkan pukul 11.20 malam. Kami sudah biasa pulang pada waktu lewat itu kerana tugasan di politeknik memang banyak. Selepas kami turun dari bas, kami pun menaiki tangga yang agak panjang untuk menuju ke flat kami. Tiba-tiba, saya terasa seolah-olah ada seseorang berada di belakang saya. Saya menoleh kepala saya ke belakang tetapi tiada orang yang berada di belakang saya. Bulu romak saya meremang. Hati saya tidak tenteram. Saya pun menyuruh Firdaus untuk berjalan dengan lebih cepat. Firdaus bergerak tanpa banyak soalan. Mungkin dia juga mempunyai perasaan yang sama.

Setiap langkah kami rasa begitu lama sekali. Bila lagi hendak sampai ke blok kami? Hati saya mula berdebar-debar. Keadaan menjadi lebih cemas apabila kami terdengar ngilaian yang agak kuat. Tanpa membuang masa, kami membuka langkah seribu.

Apabila kami tiba di depan pintu lif, saya terasa ada seseorang yang sedang mengekori saya. Saya menoleh kepala saya lagi sekali lagi tetapi tiada seorang pun berada di belakang saya. Apa yang membuat saya berasa lebih pelik adalah Firdaus sudah menghilang. Saya berasa keliru dan saya mula menjerit namanya. Selepas penat menjerit, saya terduduk di tangga blok saya dan mula memikirkan apa sebenarnya yang telah mengikuti saya. Oleh sebab saya terlalu penat dan tidak tahu di manakah Firdaus, saya pun terus balik ke rumah. Saya mula membaca beberapa buah doa dan terus pulang ke rumah.

Pada keesokkan hari, saya memberitahu ayah dan ibu saya tentang apa yang telah terjadi malam semalam. Ayah dan ibu saya berasa amat terkejut dan mereka mengesyaki bahawa saya telah diekori hantu. Mereka menyuruh saya untuk jangan pulang lewat lagi. Saya memang bersetuju dengan cadangan mereka. Saya tidak lagi pulang kerana khuatir peristiwa yang sama akan berlaku. Bagi teman baik saya, Firdaus, dia tidak ingat peristiwa itu berlaku langsung. Sehingga sekarang, saya musykil dengan pengalaman itu. Adakah saya bermimpi atau Firdaus yang betul-betul tidak ingat peristiwa itu? Saya tidak lagi menimbulkan peristiwa itu dengan Firdaus. Kehidupan kami berjalan seperti biasa. Firdaus tetap teman akrab saya. Saya cuma berharap saya tidak akan mengalami perisitiwa itu lagi.

 

Ditulis oleh:

Mirza Amirulrahman Bin Suhaimi (5BC)