Rabu, 24 Ogos 2016

Peristiwa Sedih Yang Tidak Dapat Aku Lupakan


Cuaca pada hari itu cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pokok menari-nari ditiup angin. Aku duduk di atas kerusi lalu memikirkan peristiwa yang aku tidak dapat lupakan. Peristiwa ini berlaku dua tahun yang lalu. Ketika itu, aku sedang berjalan pulang ke rumah bersama kawan baik aku, Amirah. Kami bagai isi dengan kuku. Semasa kami berjalan, kami ternampak sekumpulan budak lelaki yang sedang membuat bising di kolong blok. Aku dan Amirah pun meneruskan perjalanan kami untuk pulang. Tiba-tiba, semasa kami berdua sedang berjalan, aku merasakan bahawa ada beberapa orang yang sedang mengekori aku dan Amirah dari belakang. Hati aku lama-kelamaan berasa berat seperti hendak melarikan diri.

             Aku memberitahu Amirah tentang perkara itu lalu dia bertanya kepada aku dengan wajah yang risau, “Apa yang harus kita buat?”

            Aku berasa panik tetapi, aku cuba untuk memberanikan diriku. Aku menoleh ke belakang tetapi tiada orang. Aku pun menoleh ke kiri dan ke kanan tetapi tiada sesiapa. Aku berasa hairan. Adakah itu permainan perasaanku atau perkara itu memang benar-benar berlaku. Aku dan Amirah berpatah balik untuk pergi ke tempat sekumpulan budak lelaki yang membuat bising itu tadi. Namun, mereka tiada di situ.

           “Eh, dimanakah budak budak itu pergi?” tanya aku dengan kehairanan.

             Amirah hanya berdiam diri. Aku dan Amirah pun meneruskan perjalanan kami. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi pekikan yang amat kuat. Aku menoleh ke belakang dan aku berasa amat terperanjat kerana Amirah tiada di belakangku. Aku mula berasa panik dan risau.

            “Amirah! Amirah! Di mana kau?” jerit aku dengan perasaan yang risau.

             Tiada suara yang kedengaran. Aku semakin risau memikirkan tentang Amirah. Aku mencarinya di tempat kami selalu mengulang kaji pelajaran tetapi dia tiada di situ. Aku cuba untuk menelefonnya tetapi dia tidak menjawab panggilanku. Aku pun cuba untuk menghantar mesej kepadanya tetapi dia tidak membalasnya. Aku menelefon kawan-kawanku dan meminta bantuan kepada mereka untuk mencari Amirah kerana dia hilang. Mujurlah, mereka menolong aku untuk mencari Amirah.

              Aku mencari Amirah. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi pekikan. Aku terus melihat apa yang telah berlaku. Aku berasa amat terperanjat kerana sekumpulan budak lelaki itu sedang memukul Amirah dengan sebatang kayu. Baju Amirah penuh dengan darah. Aku terus menjerit dan meminta tolong daripada orang ramai. Sekumpulan budak lelaki itu dengan pantas melarikan diri. Aku pun terus berlari menuju ke arah Amirah lalu menelefon ambulans. Muka Amirah pucat. Bajunya penuh dengan darah.

             Beberapa minit kemudian, ambulans pun datang. Paramedik mengangkat Amirah ke dalam ambulans lalu membawanya ke hospital yang berdekatan. Aku mengikuti mereka. Sepanjan perjalanan, aku menelefon ibu bapa Amirah lalu memberitahu apa yang telah berlaku. Ibu bapa Amirah berasa amat sedih sekali.

           Setibanya di hospital, doktor membawa Amirah ke bilik kecemasan. Aku berharap dan mendoa agar Amirah selamat. Beberapa minit kemudian, doktor keluar dari bilik kecemasan lalu memberitahuku bahawa Amirah sudah meninggal dunia. Aku berasa amat sedih kerana telah kehilangan seorang kawan baik yang peramah,penyayan,baik hati dan suka menolong orang. Beberapa minit kemusian, sedang aku menangis, ibu bapa Amirah bertanya kepadaku di manakah Amirah. Aku memberitahu mereka bahawa Amirah telah tiada. Mereka berasa amat sedih. Aku tidak akan lupakan kawan baik ku, Amirah. Kelopak mataku bergenang dengan air mata. Aku sungguh kesal. Seandainya aku tahu ia akan berakhir sebegini, aku tidak akan mengambil keputusan tersebut. Namun, aku pasrah. Aku akan menghadapi segala rintangan yang datang dengan hati yang tabah. Biarlah ia menjadi satu pengajaran buat diriku.

 
Ditulis oleh:
Nur Raudhah Binte Othman (6C)