Selasa, 23 Ogos 2016

Kejadian yang Membuat aku Benar-benar Insaf

              “Apa yang kau fikirkan lagi Amri?”tanya Fatah.

              “Ikut sahaja apa yang aku buat, semua akan berjalan dengan lancar,” desak Fatah lagi.

             Amri serba salah dibuatnya.  Dia sedar apa yang Fatah mahu lakukan salah.  Fatah telah mencadangkan agar mereka pergi ke rumah Fatah tanpa memberitahu keluarga mereka berdua.

             Amri tidak begitu setuju dengan cadangan Fatah tetapi dia ikutkan juga.  Fatah sahabat karibnya sejak di darjah tiga lagi.  Dia tidak mahu hampakan Fatah.  Pada keesokan hari, selepas bunyi loceng berbunyi menandakan tamat waktu sekolah, Amri dan Fatah bergegas keluar dari kelas mereka. Fatah menyuruh Amri mengikutnya pulang ke rumah.   Walaupun Amri takut, dia tetap turuti arahan sahabat karibnya.

            Apabila tiba di rumah Fatah, Fatah dan Amri mula bermain. Rasa bimbang dan takut Amri sudah hilang.  Amri dan Fatah bermain dengan seronok sekali.

           Di rumah, ibu Amri sedang mengatakan kepada dirinya, “Mana anak aku ni? Kenapa tak balik-balik lagi ni? Kalau dia pergi rumah kawannya pun, dia mesti beritahu aku.  Amri tidak akan bohong kepada aku.” 

              Ibu Amri cuba menelefon semua sahabat Amri.  Semua sahabat Amri mengatakan yang Amri sedang di rumah Fatah.  Walaupun semua sahabat Amri mengatakan yang Amri sedang di rumah Fatah, ibu Amri masih tidak percaya yang Amri di rumah Fatah.  Ibu Amri mengatakan kepada dirinya lagi, “Betulkah yang Amri di rumah Fatah?  Saya masih tidak percaya lah.  Tetapi, semua sahabat Amri mengatakan berita yang sama.  Tiada satu orang pun yang katakana yang Amri di tempat lain.”

             Sementara itu di rumah Fatah, Fatah terdengar bunyi pintu dibuka.  Fatah menyuruh Amri sembunyi kerana Fatah tahu yang ayahnya sudah pulang dari pejabat.Amri tidak tahu apa yang sedang berlaku.  Apabila Amri mahu sembunyi, ayah Fatah masuk ke dalam bilik Fatah untuk bersalam dengan Fatah. Ayah Fatah ternampak Amri. 

             Ayah Fatah terkejut dan segera menelefon Ibu Amri yang berada sdi rumah. Ibunya berasa risau kerana sudah pukul tiga petang dan Amri belum pulang-pulang lagi. 

         Apabila Ibu Amri mendapat tahu tentang Amri daripada ayah Fatah, perasaan ibu Amri bertukar menjadi marah dan kecewa. Apabila Amri tiba di rumah, Amri dimarahi dengan teruk sekali.  Ibu Amri juga menggunakan rotan dan tali pinggang untuk memukul Amri.

         Amri menangis dan menjerit kesakitan.  Amri berlari ke dalam biliknya dan membuka bajunya.  Dia melihat empat tanda.  Dua bekas pukulan  rotan, dan dua bekas pukulan tali pinggang .  Pada malam itu, Amri meminta maaf daripada ibunya.  Ibunya memaafkan Amri.  Amri mula berasa menyesal.  Setiap kali  dia ternampak empat tanda di badan belakangnya, dia akan ingat tentang kejadian yang buruk itu.  Ibu menasihati Amri supaya jangan membuat perkara itu lagi.  Amri berjanji yang dia  akan sentiasa mendengar nasihat ibunya.

 
Ditulis oleh:

Ain Sofiyah Binte Muhammad Halim (3D)