Rabu, 24 Ogos 2016

Peristiwa Sedih Yang Tidak Dapat Dilupakan


Cuaca panas terik pada hari itu meggigit-giggit kulitku. Aku sedang berjalan di lintasan zebra untuk pulang ke rumahku. Adikku pun mengekoriku pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Tentu makanan sudah disediakan  oleh ibuku.  Itulah rutin seharian kami hamper setiap hari.

Dengan pantas aku pun berlari ke dalam lif sementara adikku menaiki tangga.

“Siapa sampai lambat mesti kemas meja dahulu sebelum makan,“ ujarku.

               Aku sangka aku yang akan sampai duhulu tetapi adikku lebih pantas dariada aku. Dengan pantas kami bergegas berlari ke arah meja makan untuk menjamu selera. Pada ketika itu, kami berasa gembira tetapi ibuku mengatakan bahawa  kami harus menunggu ayah untuk makan bersama. Dengan muka yang masam, aku pun naik ke bilik atas untuk menyelesaikan kerja sekolah.

              Sudah jam 9.30 malam tetapi ayah masih belum pulang. Kami sekeluarga turut berasa risau. Jika ayah dilanda musibah atau kemalangan, siapa yang akan membawa kami makan angin, hantar kami ke sekolah dan juga aktiviti-aktiviti yang lainnya. Semasa ibu sedang menanak nasi, tiba-tiba kami menerima panggilan telefon dari hospital. Mereka mengatakan yang ayah ditimpa kemalangan. Keadaan ayah agak serius. Sebaik sahaja terdengar berita tentang kejadian itu, ibuku terlepaskan  ganggang telefon daripada genggamannya. Perasaan yang sedih mula menyelubungi seluruh jiwa ibuku. Telefon itu jatuh lalu pecah berkecai seperti hati ibuku yang retak seribu.

Kami pun dengan segera ke Hospital Besar Changi.  Selepas mendapat tahu wad ayahku, kami pun berlari seperti lipas kudung ke arah bilik tersebut. Ayahku kelihatan pucat lesi. Sedih rasanya melihat keadaan ayah yang terlantar di katil hospital.  Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tiba-tiba, ayahku muntah darah lalu pengsan. Doktor cuba melakukan bantuan pernafasan ‘CPR’ untuk menyelamatkan ayahku, namun semuanya sia-sia. Dia mengatakan bahawa ayah tidak bernafas lagi. Ibuku menangis tanpa henti. Ayah sudah pergi meninggalkan kami. Pada ketika itu aku baru berumur lima belas tahun. Adikku yang berumur lapan tahun tidak begitu ingat tentang ayahku.

                  Sebenarnya ayahku telah melanggar  batu yang besar di tepi jalan raya dan hilang kawalan lalu terbabas. Sebuah kereta pun menggilis tangan ayah. Ayah rasa sebal dan  tidak rasa sakit langsung pada ketika itu. Apabila aku ke melihat ayahku dikebumikan aku teringat peristiwa gembira yang pernah kami lalui bersama sebagai sebuah keluarga. Pemergian ayah tidak ada penggantinya sama sekali. Peristiwa kemalangan itu mengajar aku bahawa malang tidak berbau.

Ditulis oleh:
Muhammad Yafiq Bin Yusry (6G)