Rabu, 24 Ogos 2016

Satu Kenangan Manis


Pada suatu hari, ibu telah membuat satu kejutan untuk saya dan adik-beradik saya. Ibu memberitahu kami bahawa kami akan ke KidZania. Saya berasa terkejut dan gembira. Ibu beritahu kami yang apabila kami bermain nanti, kami tidak boleh main kasar dan nakal-nakal.

Setibanya hari Sabtu, saya berasa amat gembira dan tidak sabar untuk pergi ke sana. Ibu mengejutkan kami semua. Kami pun dengan pantas pergi mandi, memakai baju dan mengambil beg yang sudah tersedia di atas meja. Ibu menelefon teksi dan kami menunggu dengan sabar untuk ibu.

Apabila teksi itu sampai, kami menaiki teksi itu dan pemandunya memandu dengan berhati-hati ke KidZania. Saya berasa amat gembira apabila berada di sana. Kami akhirnya dapat bermain sambil belajar tentang beberapa pekerjaan.

Akhirnya, kami pun pulang. Kami berasa penat. Setibanya di rumah, kami terus bersiap sedia untuk masuk tidur. Ia adalah hari yang paling seronok untuk saya dan adik-beradik saya. Inilah cerita tentang kenangan manis saya di KidZania.

Ditulis oleh:
Thara Aludra Binte Muhammad Suhaimi (4B)