Rabu, 24 Ogos 2016

Memori Aidilfitri


Esok Hari Raya. Kilat ditemani bunyi guruh. Saya berasa tidak senang hati. Saya merenung wajah Ibu dan Ayah dalam bingkai gambar sebelah saya. Sudah dua jam ibu dan ayah keluar untuk membeli barang persiapan Hari Raya. Hujan semakin lebat. Saya berasa bimbang. Tangan saya menggigil kesejukkan sambil mengambil telefon.
 “Assalamualaikum?” suara yang lembut menjawab panggilan. Di latar belakang, saya terdengar bunyi deruman enjin motosikal. Teringat saya kepada bunyi deruman motosikal yang ditunggang Ayah setiap kali menghantar saya ulang-alik ke sekolahi.
           “Waalaikumusalam. Ibu kenapa lambat balik? Saya bertanya. Belum sempat Ibu menjawab, saya terdengar suara Ibu di luar rumah sambil memanggil nama saya. Saya terus berlari dan memeluk Ibu saya dengan erat. Alhamdulillah Ibu dan Ayah sudah selamat tiba di rumah.
Keesokan hari, saya  terdengar takbir di corong radio. Ibu sedang sibuk memasak di dapur dan bersiap untuk menyambut Hari Raya. Saya dengan segera memakai baju kurung dan menolong Ibu menyusun kuih raya.
“Mirefqa hendak minta maaf. Ampunkan dosa Mirefqa dan Mirefqa berjanji untuk menjadi anak yang baik dan pandai”  saya berkata sambil menahan air mata.
“Ibu dan Ayah sudah lama maafkan,” kata Ibu dengan suara yang sedih. Saya hanya mampu tersenyum.
            Setelah makan bersama,  kami pun pergi beraya ke rumah nenek sebelah Ibu dan Ayah. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat duit raya dari datuk, nenek dan saudara-mara yang datang.
          Makanan dan minuman beraneka rasa. Pada malamnya pula saya sempat bermain dengan bunga api di depan rumah nenek. Meriah sungguh susasana di  hari raya pada tahun ini.

Ditulis oleh:
Mirefqa Binte Atnin (3F)