Rabu, 24 Ogos 2016

Penyesalan

            Jam menunjukkan pukul 1.30 petang.

 "Lambatnya Atok ni!" aku mengeluh seorang diri.

 Rakan sekelas aku semua sudah pulang, hanya murid-murid dari peringkat lain yang sedang bermundar-mandir di hadapan aku.

 "Haiz, lambat lagi ke Atok ni? Aku sudah lapar, penat dan dahaga dibuatnya," aku membebel bersendirian di dalam hati.

 Beberapa minit kemudian, aku terpandang kelibat datukku yang sedang berjalan menuju ke arah aku. Namun, pergerakannya agak lain.

"Kenapa Atok berjalan terincut-incut?” soalku sendirian.

 Dengan muka yang tidak pernah lekang dengan senyuman, Atok pun memberi isyarat dengan lambaian untuk aku mendekati beliau. Aku pun bangun dari tangga yang sedang aku duduki dan menuju ke arah Atok.

 "Kenapa Atok lambat?” tanya aku dengan muka yang agak keliru.

"Maafkan Atok, Atok kejarkan solat zuhur dahulu dah tidak sedar Atok sudah lewat untuk mengambil cucu Atok ni,” jawab datukku.

 "Atok, kenapa Atok berjalan macam orang yang sedang sakit?" tanya aku kerisauan.

 "Tidak ada apa-apa. Atok cuma rasa sengal sedikit di kaki,” jawab Atok dengan tenang.

 "Oh, begitu rupanya! Nanti bila kita balik nanti, saya akan urutkan kaki Atok, ya!" pujuk aku kepada datuk kesayangannya.

 Kami pun berjalan pulang dengan berpimpin tangan.

 "Assalamualaikum," kami memberi salam sebaik sahaja kami tiba di rumah.

 Nenek menyambut kepulangan kami di depan pintu.

"Wa'alaikumussalam Alia, Atok awak tu tidak berapa sihat tetapi hendak juga jemput cucu kesayangannya," ujar nenek dengan nada lembut.

 Dalam diam aku berasa kasihan kepada datukku sambil memeluk datukku dengan erat.

 Aku tinggal bersama datuk dan nenekku kerana ibu dan bapaku sibuk bekerja dan cuma ada masa bersama aku pada hujung minggu. Aku banyak menghabiskan masa bersama datuk dan nenekku lebih daripada ibu dan bapaku. Datukku ialah bekas pemandu yang sudah bersara dan nenekku pula seorang suri rumah.

Hujung minggu pun telah tiba dan masa untuk aku pulang ke rumah ibu dan bapaku tetapi aku berasa amat berat hati kerana melihat keadaan datukku yang semakin uzur. Walaupun datukku cuba menyembunyikan kesakitannya, aku tetap dapat merasakannya.

 "Ayah, mari kita bawa Atok ke klinik, Atok sakit kaki," kata aku kepada ayah.

“Ayah sibukalah. Ayah tidak ada masa. Ini pun ayah harus hantar Alia pulang ke rumah lalu terus balik ke pejabat ayah," kata ayah tanpa melihat wajahku. "Lama-lama, kaki Atok baik juga,” sambung ayah lagi.

Aku berasa sedih dan kecewa dengan sikap ayah. Selama perjalanan pulang, aku hanya diam membisu.

 "Atok, jaga diri ya! Nanti apabila Alia sudah besar, Alia jaga Atok ya," ujar aku kepada datukku sebelum aku ikut ayahku pulang.

Menitisnya air mata Atok mendengar kata-kata aku. Atok memelukku dengan erat.

Pada malam itu, bulan agak terang dan suasana sunyi menyelubungi malam yang agak sepi. Ayah dan ibu sedang sibuk dengan hal masing-masing. Ibuku sedang sibuk dengan komputer ribanya dan ayahku pula sedang sibuk dengan telefon bimbitnya.

 Aku rasa keseorangan dan sunyi tanpa riang tawa datuk dan nenekku yang selalu menemani aku bermain dan membaca buku.

Tiba-tiba, bunyi telefon berdering.

 "Assalamualaikum, Ryan. Ini mak," kedengaran suara nenekku di balik panggilan itu.

 "Wa'alaikumussalam, mak. Ada apa telefon Ryan malam-malam ni?" jawab ayahku.

 "Abah, abah rebah!" sahut nenekuku.

"Apa yang terjadi?" jerit ayahku dengan suara yang cemas.

 "Abah ke tandas tetapi kakinya tidak kuat lalu dia rebah. Kepalanya terhentak dibucu tandas. Ayah tidak sedarkan diri dan sekarang kami dalam perjalanan ke hospital," kata nenekku.

 "Kenapa boleh jadi begitu? Kenapa cuai dan suka menyusahkan orang!" jawapan ayah yang kesat.

 "Tidak mengapa Ryan. Ibu boleh menjaga ayah kamu. Kamu tidak usah khuatir. Ibu tidak akan menyusahkan kamu. Cuma satu sahaja nasihat ibu, jangan sampai kamu menyesal kemudian hari tidak ada gunanya," jawab nenekku lalu panggilan itu terputus.

 Nenek memutuskan panggilan itu dengan hati yang hiba. Dia berasa kecewa atas perbuatan ayah.

Keesokan harinya, kami mendapat tahu bahawa Atok berada dalam keadaan koma kerana kepala Atok terkena hentakan yang kuat di kepala yang mengakibatkan darah beku di kepala Atok. Semua ahli keluarga, kecuali ayah, berada di hospital menemani nenek dengan harapan untuk memujuk hati nenek yang sedih dan risau.

"Ryan belum datang?" soal nenek kepada ibu.

 "Maaf ibu, Ryan sibuk. Dia tidak dapat datang," jawab ibu dengan sayu.

 "Tidak apalah. Kerja Ryan penting dan ibu tidak mahu memaksanya untuk datang," jawab nenek dengan nada yang sedih.

"Nenek, Alia ada dengan nenek. Atok akan sedar dan kita akan dapat bersamanya semula,” pujukku sambil menangis teresak-esak.
 
           Sedang kami duduk membaca doa untuk Atok yang berada di wad intensif, jururawat-jururawat bergegas menuju ke bilik nombor 33 iaitu bilik Atok.

Kami cuba masuk tetapi kami dihalang oleh jururawat yang lain.

 "Maaf, ini kecemasan dan harap bertenang. Harap dapat memberi ruang dan tunggu di luar," ujar doktor dengan nada yang tegas.

 "Ya, Allah! Kau panjangkan usia suamiku, sembuhkan penyakitnya dan jauhilah dia dari segala kecelakaan," doa nenek sambil menangis.

 Kami cuba papar nenek yang rebah apabila melihat suasana yang agak kecoh dan cemas. Jururawat sering keluar masuk dan keadaan di situ amat merisaukan.

 Kami cuba bersabar dan berdoa tetapi takdir telah menentukan bahawa datuk harus pergi.

"Maafkan kami, kami sudah cuba sedaya upaya, tetapi tidak dapat menyelamatkan suami puan. Suami puan ialah seorang insan yang kuat dan dia cuba untuk bertahan. Namun, oleh sebab usianya yang sudah lanjut, membuatkan kecederaan beliau amat sukar untuk ditangani," jelas doktor yang bertugas.

 Suasana menjadi sepi dan sayu. Hari itu juga upacara perkembumian arwah Atok dijalankan dan ramai yang hadir termasuk ayah yang selama ini, membisu dan kelihatan sayu.

Setelah selesai upacara tahlil, aku berasa amat letih dan masuk ke dalam bilik Atok untuk melepaskan rindu sambil berbaring di atas katil. Tiba-tiba, aku terlihat buku catatan peribadi ayah yang pernah aku lihat. Aku terus mencapai buku itu lalu membacanya,

Tarikh : 19 Oktober 2013

Kelopak mataku bergenang dengan air mata. Aku berasa sungguh kesal. Seandainya aku tahu ia akan berakhir sebegini, aku tidak akan mengambil keputusan tersebut. Namun,aku pasrah. Aku akan menhadapi segala rintangan yang datang dengan hati yang tabah. Biarlah ia menjadi satu pengajaran buat diriku.

 Tertera ayahku kesal dengan tindakannya.

Ditulis oleh:
Shahirah Irdina Binte Shaikh Mohamed Hafez Alkhatib (5G)