Isnin, 1 Ogos 2016

Kejadian yang membuat aku benar-benar insaf


           Seperti kanak-kanak yang lain, saya mempunyai citarasa makanan yang tersendiri. Makanan kegemaran saya ialah macaroni. Oleh disebabkan macaroni jugalah terjadi satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Peristiwa itu berlaku setahun yang lalu yang melibatkan kawan saya, Bilqis.

Pada suatu hari, Bilqis dan saya sedang makan di kantin sekolah. Selepas habis makan, saya bertanya kepada Bilqis,“Boleh saya pinjam duit awak?”

           Lalu Bilqis menjawab,“Bolehlah.”

           Kemudian Bilqis bertanya lagi ,“Bila awak akan bayar hutang tersebut?”

          “Saya akan bayar semula esok” jawab saya.

           Semasa di rumah, saya meminta Ibu duit untuk menyelesaikan hutang saya kepada Bilqis. Ibu hairan lalu bertanya, “Kenapa Iza minta duit lebih hari ini?”
 
           Saya menjawab dengan jujur,“Iza harus bayar hutang kepada kawan Iza, Bilqis.” Mendengar cerita saya, ibu menjadi agak marah dan bertanya mengapa saya mesti meminjam duit kawan setelah ibu rasa apa yang ibu berikan untuk duit poket sekolah saya sudah mencukupi. Saya pun menjelaskan kepada ibu perkara yang sebenarnya.

          Ibu memahami keadaan saya tetapi menasihatkan saya supaya tidak mengulangi perbuatan saya itu. Ibu juga memberitahu saya yang dia akan memberi saya duit yang secukupnya supaya saya dapat membeli makaroni kegemaran saya semasa waktu rehat di sekolah. Ibu juga memberi saya duit untuk dikembalikan kepada Bilqis. Saya sedar akan kesilapan perbuatan saya itu dan berterimakasih ibu kerana memahami saya.

             Pada keesokan hari, saya membayar wang yang saya pinjam daripada Bilqis dengan perasaan segan-silu.

             Bilqis berkata, “Tidak mengapa. Kamu dan saya sama-sama terlibat kerana awak meminta dan saya memberi.”

            Saya bersyukukr kerana mendapat kawan yang baik seperti Bilqis. Semenjak peristiwa itu, saya menjadi insaf dan tidak mahu meminjam wang daripada kawan-kawan saya lagi.
          
Ditulis oleh:

Iza Nur Fitrii Putri Imran (3A)