Rabu, 24 Ogos 2016

Tidak mungkin dia boleh lupakan saya


Semasa saya berumur sembilan tahun, saya dibenci abang. Abang selalu mengganggu, memanggil nama-nama yang tidak elok dan dia selalu menyakikan hati saya. Setiap hari, selepas sekolah, selepas kelas tuisyen atau di mana-mana sahaja, abang mesti mengganggu saya sehinggalah pada suatu hari. Saya tidak lagi boleh tahan dengan sikap abang saya itu.

           "Syafiq! Farhanna! Pergi bermain di luar! Ibu hendak membuat kerja pun tidak tenteram!" jerit ibu saya yang sedang sibuk menghabiskan kerja pejabatnya.

            Abang dan saya pun keluar ke taman permainan untuk bermain basikal kami. Apabila saya hendak mula bermain basikal saya, abang mula mengganggu saya.

            “Farhanna gemuk! Farhanna gemuk! Nanti tayar pancit!” ejek abang.

 Saya menyuruhnya untuk berhenti mengganggu saya. Namun, dia masih tidak mengendahkan kata-kata saya. Dia masih ejek saya walaupun dia nampak air mata saya mula bergenang di kelopak mata saya.

          “Abang! Abang, dengar ke tidak?” saya menjerit kepadanya lalu menolaknya ke bawah.

Kepala abang terhentak sebuah batu yang amat besar lalu dia pengsan. Saya terkejut lalu berlari ke arahnya. Tiba-tiba, saya ternampak darah mula mengalir dari kepalanya. Saya mula menangis lalu menelefon ibu saya. Apabila ibu saya terdengar apa yang telah berlaku kepada Syafiq, dia terus menghubungi pihak ambulans. Saya tidak terhenti-henti menangis.

             Satu jam kemudian, abang telah dimasukkan ke dalam bilik hospital. Doktor berkata bahawa abang mungkin akan sedar esok. Mendengar kata-kata doktor, saya berasa lega. Saya akan pulih. Saya yakin abang akan pulih seperti biasa. Saya dan ibu bermalam di dalam bilik hospital abang. Malam itu, saya tidur di sebelah abang. Di dalam hati kecil saya, saya berdoa agar tidak ada apa-apa yang akan terjadi kepada abang. Saya sayang abang walaupun dia suka mengganggu saya.

             Pada keesokan hari, saya terasa tangan menyentuh muka saya. Tangan itu seolah-olah mencucuk-cucuk muka saya. Saya naik marah. Siapa agaknya yang mengganggu tidur saya? Saya pun dengan perasaan yang agak bingit, mula membuka mata saya untuk melihat siapa yang berani melakukan perkara itu.

           “Siapa awak? Apa yang awak buat di sini?” bunyi suara yang saya betul-betul kenal.

           Saya membeliakkan mata saya dan melihat muka abang saya. Pada mulanya, saya ingat dia masih bergurau dengan saya. Saya berasa terlalu gembira lalu memeluk abang. Namun, abang menolak saya dengan kasar. Dia seolah-olah tidak mengenali saya. Dia tidak mahu memeluk saya.

“Abang, ini Farhanna lah! Adik abang yang gemuk,” saya berkata sambil ketawa kecil kerana teringat masa abang asyik mengganggu saya.

“Awak keluar! Awak keluar! Saya tidak kenal awak! Awak gilakah?” jerit abang.

            Kata-kata itu bagaikan halilintar menusuk ke jantung. Hati saya hancur. Saya menggeleng-gelengkan kepala saya kerana tidak percaya abang boleh tidak mengenali saya.

Setelah mendengar kekecohan di bilik abang, doktor pun masuk ke dalam bilik abang. Dia memberi suntikan untuk menenangkan abang dan menyuruh saya keluar dari bilik itu. Beberapa minit kemudian, doktor pun keluar dan menuju ke arah saya. Dia berkata bahawa abang telah mendapat penyakit ‘Amnesia’. Penyakit ‘Amnesia’ akan menyebabkan seseorang itu hilang daya ingatannya. Saya mula menangis. Saya menyesal dengan tindakan saya terhadap abang. Saya tidak bermaksud untuk menolak abang.

Setelah keadaan abang reda. Saya kembali ke dalam bilik abang. Buat masa sekarang, saya perlu memberikan abang masa untuk pulih. Doktor juga menggalakkan saya untuk menunjukkan gambar-gambar keluarga kami agar membantu abang dalam proses pemulihan. Saya percaya satu hari nanti, abang akan pulih. Saya tidak akan berputus asa membantu abang kerana tidak mungkin dia boleh lupakan saya.

 
Ditulis oleh: 
NurTyara Binte Rhamdan (5F)