Rabu, 24 Ogos 2016

Satu Penyesalan


Angin bayu pada malam itu mengingatkan aku akan kata-kata ibuku.  Aku masih keliru. Keliru membuat pilihan yang mana satu, demi kebaikan aku dan masa depanku.  Aku melabuhkan punggungku di dalam bilikku, sengaja mencari ruang yang sunyi untuk menenangkan fikiranku yang serabut ini. Aku termenung jauh, seakan-akan memikirkan tentang masa hadapanku jika aku memilih untuk belajar di luar negara.

     “Jika aku membuat pilihan untuk ke luar negara, ibu dan ayahku harus mengorbankan duit simpanan mereka untuk yuran sekolah aku kelak. Pilihan yang mana satu yang aku harus pilih? Apa yang akan terjadi jika aku membuat pilihan yang salah?” bentak hatiku.

     Sinaran matahari yang terang membuat aku sedar daripada tidurku. Aku sudah membuat pilihan aku. Aku memilih untuk pergi ke luar negara, kerana ia sudah lama menjadi impianku. Aku bangun dari posisi aku untuk menyegarkan diriku.

      Aku berjalan dengan girang ke arah ibu dan bapaku untuk memberitahu mereka tentang pilihan aku. Aku harap mereka akan setuju dengan rancanganku ini.

     “Ibu, ayah, saya sudah membuat pilihan saya. Saya memilih untuk belajar di luar negara, kerana ia sudah lama menjadi impian saya,” aku berkata dengan penuh keyakinan.

       Ibu dan ayah aku tersenyum melihatku dan daripada riak wajah mereka, aku sudah tahu bahawa ibu dan ayah membenarkan aku untuk pergi ke luar negara. Mereka memberitahu aku bahawa mereka akan menyiapkan segala keperluanku dan aku akan terbang ke Australia dalam jangka masa dua bulan lagi.

      Pemandu teksi yang bernama Pak cik Yusri menolong aku mengangkat beg troli aku ke lapangan terbang. Aku tersenyum kepada Pakcik Yusri dan dia pun berlalu pergi. Aku diberitahu oleh ibu dan ayahku yang mereka tidak sempat untuk menghantar aku kerana sibuk dengan kerja. Aku tidak berasa kecewa, kerana aku tahu yang mereka sedang bekerja keras untuk aku. Aku melangkah masuk ke dalam lapangan terbang dan mengambil tiketku. Tidak lama kemudian, penerbangan aku diumumkan. Aku bangun daripada tempat duduk aku dan berasa teruja untuk menjejakkan kaki ke dalam kapal terbang buat kali pertama dalam hidupku.

       Tanpa aku sedari, masa begitu pantas berlalu. Hari ini, genaplah tiga tahun aku pergi memburu impianku. Aku sudah tidak sabar lagi untuk berjumpa dengan ibu dan ayahku.

         Aku memegang ijazahku dan menyuruh Pak cik Yusri untuk mengangkat beg aku masuk ke dalam rumahku. Aku sangat teruja untuk menunjuk kejayaanku yang telah aku sudah kecapi.

        “Assalamualaikum! Ibu, ayah, saya sudah pulang!” jeritku sambil mengharapkan ibu dan ayah akan dengar jeritanku. Namun, jeritanku tidak didengari. Aku menjejak ke dalam rumahku dan mencari kelibat ibu dan ayahku.

         Kelibat ibu menangis membuat aku berasa risau. Aku berlari ke arah ibu dan menanya dia apa yang telah terjadi. Dia memberitahu aku bahawa ayahku telah meninggalkan ibuku kerana kekurangan wang. Ibu juga sedang menghidapi penyakit barah tahap yang keempat. Ibu menghulurkan surat yang mengesahkan bahawa ibu aku memang menghidapi barah. Aku rebah ke lantai, seakan-akan tidak percaya dengan apa yang sedang terjadi. Aku tidak percaya, segala impian dan ijazahku tidak bererti tanpa ibu dan ayahku di sisiku.

          Dua tahun sudah berlalu. Aku sekarang di bawah jagaan mak cik dan pak cik aku. Mereka yang memberikan aku rumah untuk tinggal dan makanan untuk meneruskan hidup. Ibuku sudah lama meninggal akibat tidak boleh mengawal penyakit barahnya. Ayahku pula menghilangkan dirinya.

         Kelopak mataku bergenang dengan air mata. Aku sungguh kesal. Seandainya aku tahu ia akan berakhir sebegini, aku tidak akan mengambil keputusan tersebut. Namun, aku pasrah. Aku akan menghadapi segala rintangan yang datang dengan hati yang tabah. Biarlah ia menjadi satu pengajaran buat diriku.

Ditulis oleh:
Syahzani Balqis Binte Abdul Halim (6B)