Rabu, 24 Ogos 2016

Kucing Saya


Saya ada dua ekor kucing. Kucing-kucing saya adalah kucing jantan. Si abang bernama Elf dan adiknya pula bernama Baby. Mereka berdua saling menyayangi antara satu sama lain. Mereka adalah adik-beradik yang selalu hidup bahagia. Adakalanya mereka akan bergurau dengan berlari mengelilingi rumah.  Walaupun gurauan mereka kelihatan agak kasar, mereka tetap tidak bergaduh di antara satu sama lain. Sering kali, Elf akan menolong Baby untuk membersihkan badan belakangnya.

Ibu saya yang memberikan nama Baby kepada si kecil. Manakala, bapa saya yang memberikan nama Elf kepada si abang. Mereka berdua terlalu comel semasa mereka kecil dahulu. Sekarang mereka sudah besar dan kelihatan semakin cantik. Baby mempunyai perut yang besar manakala abangnya kecil sedikit. Mereka sangat manja dengan seluruh ahli keluarga kami. Saya amat menyayangi kucing-kucing saya yang jinak itu.

Ditulis oleh:
Siti Natasha Aleeya Puteri Noor Zabiki (4A)