Rabu, 24 Ogos 2016

Cerita Mak Minah


Mak Minah mengusap rambut anak kesayangannya yang sedang lena tidur dengan penuh kasih sayang.  Anaknya baru sahaja tidur kerana gigih mengulang kaji pelajarannya.  Dia benar-benar mahu berjaya dalam pelajarannya kerana mahu mengubah kehidupan mereka kelak.  Dahi Mak Minah berkerut apabila teringat bagaimana mereka tinggal dua beranak sahaja.  Dua tahun yang lalu, suami Mak Minah meninggal dunia.

“Ira, ayahmu telah meninggal dunia,” Mak Minah memberitahu anaknya, Ira, sambil menahan airmata yang mengalir keluar dari kedua kelopak matanya.

Mak Minah dan Ira sedang berada di hospital.  Ayah Ira baharu sahaja meninggal dunia akibat serangan jantung.  Ira berasa sangat sedih kerana dia telah kehilangan seseorang yang sangat dia sayangi.  Ira menyesal kerana dia tidak menghargai kehadiran ayahnya ketika ayahnya masih hidup.  Ira juga berasa bersalah kerana tidak meluangkan masa bersama ayahnya.  Ira baru juga mendapat keputusan peperiksaan peringkat ‘O’. Ira hampir gagal dalam peperiksaannya.  Ira sedar dia harus bekerja lebih keras jika dia hendak membantu ibunya.  Ibunya sudah tua dan tidak kuat untuk bekerja lagi.  Ira memikirkan tentang kehidupan mereka kelak.  Ira tidak mahu membuat ibunya sedih.  Ira membuat keputusan untuk berubah dan belajar dengan lebih tekun lagi.

“Ira! Ira! Bangun, nanti kamu lambat ke sekolah,” Mak Minah mengejutkan Ira. 

Ira terbangun dari tidurnya lalu mengemas beg sekolahnya.  Kemudian, Ira bersiap sedia untuk ke sekolah.  Ira kini sedang menuntut di Politeknik Singapura.  Ira telah berjanji kepada ibunya bahawa dia akan berjaya dan lulus dengan cemerllang. 

Di sekolah, Ira sering bertanya kepada pensyarahnya jika dia ada sebarang soalan.  Ira juga memberi sepenuh perhatiannya ketika pensyarahnya sedang mengajar.  Apabila Ira pulang ke rumah, dia akan terus mandi dan mula membuat kerja sekolahnya.  Selepas semua kerja sekolahnya selesai, Ira akan berehat sekejap sebelum memulakan untuk mengulang kaji pelajarannya.  Ira akan selalu tidur pada jam sebelas malam.  Ira adalah seorang anak yang berdisiplin.  Dia akan mengikut jadual yang telah di buatnya kerana dia benar-benar ingin berjaya.  Ira juga tidak pernah berputus asa. 

Tiga tahun kemudian, Ira pun tamat pengajiannya di Politeknik. Ira berasa gembira kerana akhirnya dia telah lulus dan mendapatkan diploma yang boleh memberikannya laluan untuk menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu menuntut di Universiti untuk mendapatkan ijazah pula.

 

Pada hari tamat pengajian, Ira di umumkan sebagai pelajar terbaik bagi kursus yang diambilnya.  Ira benar-benar berasa gembira kerana semua kerja kerasnya selama ini telah berhasil.  Ira telah bercadang untuk bekerja dahulu bagi meringankan beban ibunya.  Dia juga ingin mengumpul wang agar dapat melanjutkan pelajarannya nanti.  Ira adalah sumber kekuatan buat ibu dan dirinya sendiri.  Ira berasa bangga kerana akhirnya dia dapat membantu ibu dan dirinya sendiri.  Saya pelajari bahawa kita tidak boleh mudah putus asa dan mesti berdisiplin dalam apa sahaja yang kita lakukan.
 
Ditulis oleh:
Nur Aleeza Binte Mohd Fawzee