Isnin, 28 September 2015

Pengalaman yang tidak dapat aku lupakan

  Aku sedang termenung sendirian di dalam bilik, memikirkan tentang bagaimana aku boleh gagal dalam membuat yang terbaik di dalam ujian tahunan sekolahku. Pengalaman ini bermula setahun yang lalu dimana aku sedang leka bermain permainan komputer dan tidak mengulangkaji pelajaran.
Ibu memarahi aku kerana aku leka bermain permainan komputer sahaja. Aku menyuruh aku    belajar bersungguh-sungguh,dengan rasa berat hati aku pun mendengar nasihat ibu.  Malam menjadi gelap pekat macam arang tetapi aku masih belajar. Aku mulai berasa takut kerana peperiksaan akan bermula keesokan hari. Peluh sejuk mula berkumpulan di dahi aku yang luas ini. Selesai habis mengulangkaji pelajaran aku terus melangkah ke katilku yang empuk itu untuk tidur. Kekuatan aku telah pudar bersama konsentrasi yang aku beri semasa sesi pembelajaran tadi. Tenagaku tidak sekuat tadi.

           Pada keesokan harinya ,di sekolah badan aku berasa lemah. Aku tidak dapat memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar. Aku tertidur kerana ngantuk belajar hingga lewat malam. Guru aku sangat marah bila mendapat tahu aku sedang tidur semasa dia sedang mengajar. Cikgu Ali menghentak mejaku. Aku terperanjat mendengar suara cikgu yang kuat menjerit kearah aku. Mukanya merah macam cili padi. Aku berasa malu. Aku tidak berani untuk melihat sesiapa aku malu pada kawan kawan dikelas. Aku pun memohon maaf kepada guruku.

             Semasa waktu rehat, sahabatku, Aaryan, memberitahu aku bahawa ujian tahunan akan bermula selepas waktu rehat. Aku berasa terperanjat. Aku  menggigil ketakutan dan cemas   untuk melakukan peperiksaan.

             Selepas habis waktu rehat,Guru memberikan kertas ujian tahunan kepada kelas. Apabila peperiksaannya bermula,aku terus membuat kertasnya dengan cepat. Aku menggigil melakukan kertas soalanya. Selepas selesai membuat peperiksaan. Aku berasa lega Aku menyemak kertas aku  sepuluh kali. Aku tidak yakin yang aku boleh dapat markah tinggi. Selepas tiga puluh minit, guru mengambil kertas peperiksaan. Dia juga memberitahu kita bahawa kertas itu akan diberi keesokan hari.

                    Aku berasa takut tetapi pada masa yang sama teruja untuk mendapat kertas ujian aku. Esok hari aku berasa terperanjat semasa dapat kertas ujian. Aku tidak dapat markah kepujian  untuk kertas ujian aku. Aku tahu bahawa ibu akan berasa kecewa dan marah kerana aku sudah berjanji kepada ibu bahawa aku akan mendapatkan markah kepujian. Aku menangis, hati aku hancur. Kawan-kawan serta guru memberi aku kekuatan tetapi aku masih sedih.

               Apabila aku tiba di rumah, dengan perasaan yang takut, aku menunjuk kertas ujian  kepada ibu. Aku melihat kearah lantai kerana malu. Muka ibu merah macam cili. Aku terus meminta maaf. Aku berjanji bahawa aku akan belajar dengan tekun untuk peperiksaan tahun depan. Aku juga berjanji kepada ibu  bahawa aku tidak akan bermain permainan komputer dan akan mendengar nasihat ibu.

    Tiba-tiba, aku sedar dari lamunan apabila ibu masuk ke bilik untuk menyuruh aku untuk makan malam.Dari pengalaman itu aku belajar bahawa janganlah kita leka bermain komputer dan kita harus pandai membahagikan masa untuk belajar dan bermain.

Ditulis oleh: Nur Saif Iskandar (4F)