Khamis, 10 Mac 2022

Membuat Keputusan Terburu-buru Membawa Padah Kepada Diri Sendiri

             Cuaca di luar mendung dengan kelabu menghertap hujan. Suasana di dalam makhamah sunyi sepi kecuali kendengaran beberapa suara bisikan. Tuan Hakim memasuki ruang makhamah dan sesi pengadilan dimulakan. Aku berasa takut macam tikus. Ketika pendakwa raya memulakan hujahnya, aku teringat sebuah kisah yang berlaku beberapa bulan yang lalu.

       Loceng sekolah berbunyi. Kelas pelajaran sejarah akan bermula dalam beberapa minit lagi dan aku berkelam kabut ke bilik darjah. Aku tidak mahu dimarahi oleh guru kerana lewat. Dalam perjalananku ke situ, aku terserempak dengan seorang budak perempuan yang berambut pendek. Aku memandangnya tetapi dia hanya menjelingkan matanya lalu berlalu begitu sahaja. Namun di balik mindaku, aku berasa seperti aku pernah melihat pelajar itu. Mataku terbeliak.

           Sofia! Aku teringat siapa pelajar itu. Sofia biasa membuli aku semasa di sekolah rendah. Setiap hari, dia akan memeras ugut aku dengan meminta wang saku sekolahku. Dia juga akan memanggilku nama seperti otak udang atau bodoh. Apabila aku enggan memberikan wang kepadanya, dia akan menumbuk mukaku dengan teruk di luar perkarangan sekolah. Aku cukup membencinya sehingga sekarang. 

“Alamak! Sudah lewat!” teriak aku sambil melihat jam tanganku lalu meneruskan perjalananku ke kelas. 

          Selepas sekolah, aku berjumpa dengan rakan-rakanku seperti biasa di kolong blok yang berdekatan dengan sekolah kami. Mereka sudah berada di tempat tersebut dan aku mendapati mereka sedang bersembang dengan kuat tanpa memakai pelitup muka. Aku pun duduk bersama mereka dan mula menceritakan tentang hal Sofia dan perangai buruknya. 

“Kamu harus mengajar budak itu dengan membalas dendam,” jawab rakanku, Nora, sambil menghulurkan sebilah pisau seraya menghembus asap rokoknya. 

          Beberapa minit kemudian, aku pulang ke sekolah untuk menghadiri kelas tambahan. Idea jahatku bermain di mindaku. Pisau yang telah aku ambil tadi disimpan di dalam kocek skirt aku. Semasa duduk di kelas, aku terpandang Sofia berjalan lalu bilik darjahku. Lantas aku mengangkat tangan untuk meminta izin untuk pergi ke tandas. Nasib baik guruku membenarkan aku keluar. Aku mengikuti Sofia dari belakang dan memerhatikan ke mana arah tujuannya. Ini adalah peluang emasku. Rasukan syaitan menyelebungi diriku. Dendam itulah tujuanku. 

          Sebelum Sofia sampai di tandas dan tanpa berfikir panjang, aku menikam Sofia dari belakang. Dadaku terombak-ombak. Darah yang semerah biji saga mengalir dari tubuhnya apabila pisau itu ditarik keluar. Aku menjatuhkan pisau itu ke lantai dan segera berlari dari tempat itu. Seketika kemudian, aku terdengar jeritan dari arah tandas itu. 

          Lamunanku terhenti apabila aku mendengar namaku dipanggil. 

“Alisha Binte Sufian, kamu telah dituduh mencederakan Nur Sofia Binte Muhammad Rahman,” kata Tuan Hakim dengan nada yang sirius. “Alisha, kamu didapati bersalah dan dihukum penjara juvuna selama lima tahun. Dalam masa ini, saya harap kamu akan berfikir panjang tentang tindakan kamu dan ingat bahawa kamu telah membuat seorang ibu kehilangan anaknya. Mahkamah bersurai,” sambung Tuan Hakim tersebut. 

          Tuan Hakim itu pun mengetuk palunya dan satu persatu orang di dalam mahkamah itu mula meninggalkan ruang tersebut. Aku terdengar esakkan ibuku dan juga tangisan ibu Sofia. Air mataku membasahi pipiku yang gebu. Rasa gelisah dan bersalah menjamah hatiku. Sekiranya aku tidak membuat keputusan yang terburu-buru itu, perkara seteruk ini tidak akan berlaku. Aku meninggal bilik mahkamah tersebut dengan tanganku digari dan diiringi pengawal-pengawal penjara.  Hujan mula turun dengan lebat. Kehidupanku sudah musnah.

Hasil Karya: AINA ZULAIKHA BINTE EMMY REZA, KELAS 6E (2021)