Khamis, 10 Mac 2022

Rakan Yang Sejati

                 “Shafiz tunggu!" pekik kawan baik saya, Aina.

       Dia ternampak saya sedang berjalan ke sekolah. Kami sudah berkawan semenjak kami berumur 9 tahun dan sekarang kami sudah berumur 11 tahun. Aina akan selalu memujuk saya apabila saya sedih. Dialah matahari saya apabila hujan turun. Apabila kami sudah masuk di perkarangan sekolah, kami akah terus pergi ke kelas. Kami akan belajar dan bersembang bersama-sama sampai kami balik ke rumah masing-masing.

             Pada suatu ketika, semasa saya baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah saya, saya terdengar ibu bapa saya bergaduh dan ibu saya sedang manangis teresak-esak. Saya mula teriak apabila saya ternampak bapa saya angkat tangannya kepada ibu saya. Air mata saya mula menitis daripada mata saya. Bapa saya hanya melihat saya dengan muka yang marah dan matanya merah. Bapa saya masuk ke dalam bilik dan membanting pintu biliknya. Saya berjalan ke arah ibu saya dan memeluk dia. Saya tahu dia kecil hati dengan perangai bapa saya yang tidak akan berubah. Saya tahu perkara itu kerana setiap kali ibu mahu bersembang bersama bapa saya, bapa saya akan menengking ibu saya. Saya akan ternampak ibu saya menangis sampai matanya merah. Saya mahu memujuk ibu saya tetapi agak sukar untuk saya lakukannya.

 Saya akan bertanya ibu apa yang telah terjadi dan ibu saya akan berkata bahawa hubungan dia dan bapa saya sudah terputus sekian lama. Saya terasa dunia ini berhenti. Saya mulai menangis dan tidak percaya apa yang diberitahu ibu saya. Saya mendakap ibu saya dengan erat dan memujuknya agar jangan menangis lagi kerana saya masih ada. Saya tidak mahu ibu tahu bahawa saya kecil hati tetapi saya berasa sedih dan marah.

 Pada keesokan hari, saya pergi ke sekolah dengan wajah yang sedih dan pucat. Saya sedang berjalan dengan perlahan apabila saya dipanggil oleh seseorang. Saya pun menoleh ke belakang dan ternampak Aina. Aina kelihatan ceria dan sedang senyum. Senyuman Aina hilang dan bertukar ke wajah bimbang apabila dia melihat saya dalam keadaan murung. Aina berlari ke arah saya dan bertanya apa yang telah  terjadi? Saya hanya berjalan ke arah kelas tanpa berkata apa-apa. Saya hanya membisu. Tidak lama kemudian sudah tibanya waktu rehat dan Aina bertanya saya lagi sekali tentang apa yang telah terjadi. Kali ini ,air mata saya mula menitis. Aina berlari ke arah saya untuk memuujuk saya. Apabila saya sudah berasa tenang sedikit, saya memberitahu semua yang berlaku semalam kepada Aina. Saya rasa skeptikal untuk memberitahu Aina kerana saya rasa bahawa tidak ada seseorang pun yang mahu berkawan dengan seorang budak yang ibu bapanya sudah bercerai. Namun setelah saya sudah memberitahu Aina apa yang telah berlaku, dia hanya memeluk saya dan memberitahu saya bahawa dia akan sentiasa berada bersama saya dan saya boleh memberitahu dia apa sahaja yang saya ingin beritahu agar saya tidak menghadapai tekanan. Saya berasa senang sikit kerana saya tahu saya ada kawan sejati saya. Saya  tersenyum walaupun saya pening kepala. Saya pun dihantar balik ke rumah oleh guru saya kerana kepala saya terlalu sakit. Aina yang menemani saya.

         Saya harus duduk rumah untuk berehat selama beberapa hari dan Aina akan ke rumah saya setiap hari untuk mengajar saya dan memberi saya kerja sekolah saya. Saya bersyukur sangat kerana ada kawan yang sejati. 

Hasil Karya: Sabirah Banu, 6A (2021)