Khamis, 2 Februari 2012

Kelibat Abang

Jam di dinding menunjukkan jam pukul dua belas malam. Kelibat abang tidak kelihatan sehingga sekarang. Aku tidak dapat melelapkan mataku. Aku cuba merapatkan kelopak mataku tetapi sia-sia sahaja. Tiba-tiba, aku terdengar derap kaki yang berat dan keras sekali.

Semakin lama, derap kaki itu semakin kuat dan menggegarkan bumi. Aku terus keluar dari bilikku mengharapkan abang yang sudah pulang tetapi tidak.

Aku meneliti keadaan di sekelilingku dan kakiku seperti terlekat di lantai apabila mendapati bahawa tidak ada seorang pun ynag berada di luar. Tiba-tiba, pinktu rumahku seperti diketuk oleh banyak tangan dan diikuti dengan kaca tingkap rumahku retak dengan tiba-tiba. Aku terus pergi ke bilik ibu bapaku untuk mengambil telefon bimbit kerana telfon bimbit di ruang tamu rosak tetapi apabila aku mahu membuka pintu bilik ibu bapaku, pintu bilik mereka seperti terdapat seseorang di belakang pintu cuba menghalang aku membukanya. Aku tetap kelihatan tenang walaupun hatiku mula berdebar-debar. Aku pergi ke ruang tamu untuk membuka lampu. Sebaik sahaja aku membuka lampu, lampu di ruang tamu mula kelap-kelip dan akhirnya, terpadam. Suasana di rumahku gelap. Aku menuju ke bilik stor untuk mendapatkan lampu suluh.

Aku membongkar bilik stor untuk mencari lampu suluh tetapi aku tidak nampak lampu suluh itu kerana suasana yang gelap. Tiba-tiba, aku terdengar seseorang yang memanggil namaku. Aku menoleh ke arah datangnya suara dan terdapat suara itu datang dari dapur. Bulu romaku meremang penuh ketakutan tetapi aku memberanikan diri untuk melihat siapa ada di dapur. Sejurus aku sampai di dapur, aku membuka lampu tetapi lampu di dapurku pun terpadam. Pelbagai pertanyaan tertancap di kepalaku dengan suasana yang gelap-gelita.

Tiba-tiba, lampu tandas di dapurku ternyala. Aku terus menuju ke arah tandas kerana aku tahu memang ada orang di rumah ini, jikalau tidak, bagaimanakah lampu di tandas boleh ternyala? Aku terus menuju ke arah tandas perlahan-lahan dan seterusnya memasuki tandas itu. Alangkah terkejutnya aku apabila ternampak lembaga di tepi jamban tandasku. Seluruh tubuh lembaga itu putih seperti kapas dan aku tercegat kaku seperti patung batu sambil melihat lembaga itu berdiri di situ. Aku terus memberanikan diri untuk berlari ke arah kemarku. Namun, aku tidak berdaya. Kakiku tidak terdaya dihayun lagi dan terpaksa berhenti di ruang tamu. Aku menoleh ke arah belakang dan ternampak lembaga itu betul-betul di belakangku. Sejurus itu, aku terus pengsan.

Tidak tahu berapa lama, aku pun membuka mataku perlahan-lahan dan dapati bahawa aku berada di hospital. Wajah yang aku kenali semua sedang mununggu aku untuk sedar.

“Eh, aku di mana? Apa telah terjadi? Mana lembaga itu? Tadi ‘dia’ ada di belakangku!” aku tanya dengan panik. Ibu bapaku dan abangku tersenyum.

“Ibu ternampak Sarah pengsan di ruang tamu pada pukul dua belas setengah malam. Jadi, ibu bawa Sarah ke hospital. Ibu dan ayah mengambil abang dari kursusnya tetapi susah untuk mendapat teksi. Sebab itulah ibu, ayah dan abang balik lambat,” kata ibu. “Lembaga? Mana ada lembaga? Tidak ada lembaga di rumahlah. Entah-entah, Sarah tidak membaca doa sebelum tidur tak?” usik abangku.

Aku mengimbas kembali apa yang telah berlaku semalam malam dan baru aku teringat. Lembaga itu kelihatan seperti abangku tetapi mustahil dia berada di rumah. Ah, aku tidak mahu fikir tentang perkara itu lagi!

Aku tidak dapat melupakan peristiwa yang mengerikan itu dan lembaga itu masih menjadi sebuah misteri. Kadang-kadang, geli hati dibuatnya kerana aku pasti abangku yang berlagak sperti lembaga itu.

Nur Sarah Samsuddin (2011)

P6H