Khamis, 2 Februari 2012

Peristiwa Yang Membuat Aku Rasa Kesal

Aku sedang membaca suratkhabar yang lama. Mataku tertumpu kepada gambar yang terpampang di dalam ruang kematian. Wajah yang aku pandang adalah wajah kawanku, Allahyarham Abdul Rauf. Fikiranku melayang kepada peristiwa yang menyebabkan kematiannya.

Rauf dan aku seperti isi dengan kuku. Kebelakangan ini, dia selalu kelihatan muram kerana ibu bapanya dalam proses penceraian. Hari itu, sekolah baru sahaja tamat. Rauf bergegas pulang. Aku terus mengikutinya kerana ingin berbual dengannya.

Alangkah terperanjatnya aku apabila aku melihatnya menghidu gam di depan rumahnya. Dia tidak menyedari kehadiranku. Mataku terbeliak dan jangtungku berdegup kencang. Secepat kilat aku menyuruhnya berhenti. Namun, mukanya menjadi merah macam biji saga kerana dia marah. Rauf terus menyuruhku berjanji tidak akan memberitahu ibu bapanya. Dia kata sekiranya aku memberitahu ibu bapanya, dia akan melarikan diri dan tidak akan kembali. Kata-kata itu menikam terus ke jantungku. Aku di dalam dilema.

Aku terpaksa berjanji. Aku ingat selepas berjanji kepada Rauf, dia tidak akan menghidu gam lagi tetapi dia masih membuat demikian. Nasihatku seperti menyiram air ke daun keladi. Muka Rauf kelihatan semakin lama semakin pucat macam mayat. Aku tidak dapat buat apa-apa. Aku menyuruhnya berhenti sekali lagi tetapi nasihatku hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Malang tidak berbau sebab pada suatu hari, sesuatu berlaku. Rauf yang cuba menyembunyikan rahsia ketagihannya akhirnya terbongkar juga bak kata peribahasa sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Seorang jiran Rauf telah ternampaknya menghidu gam dan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Secepat kilat dua orang anggota polis datang ke rumahnya dan Rauf ditangkap dalam keadaan separuh sedar dan terhoyong-hayang.

Apabila pegawai polis itu mahu menggari Rauf, dia cuba melarikan diri. Dia memanjat tembok koridor tetapi dia tergelincir dan terjatuh ke bawah. Tulangnya patah. Otaknya bertaburan. Rauf meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

Mendengar berita kematian Rauf, hatiku pecah seribu. Aku berasa kesal kerana tidak memberitahu ibu bapanya. Sekiranya aku telah memberitahu ibu bapanya, mungkin Rauf masih hidup pada hari ini.

Jam di dinding berbunyi menandakan pukul sepuluh malam. Aku tersentak daripada lamunanku. Aku beristighfar dan berdoa semoga roh Allahyarham Rauf dicucuri rahmat daripada Allah. Amin.

AHMAD HAMIZAN BIN IZZUL HAQ (2011)

P6I